Utusan Borneo (Sabah)

Ibrahimovi­c sedia kembali ke Milan

-

LONDON, England: Ejen pemain, Mino Raiola berkata Zlatan Ibrahimovi­c bersedia untuk kembali ke AC Milan jika (ketua pegawai eksekutif (CEO) kelab) Adriano Galliani masih berada di kelab tetapi berkata penyerang itu memiliki banyak tawaran untuk dipertimba­ngkan.

Ibrahimovi­c kini ejen bebas selepas dilepaskan dari kontrak oleh Manchester United ketika beliau meneruskan proses pemulihan dari kecederaan yang dialaminya pada bulan April.

Walaupun pemain berusia 35 tahun itu tidak dapat beraksi untuk beberapa bulan, beliau sudah dikaitkan dengan beberapa kelab, termasuk kembali ke Serie A Itali.

Bekas kelabnya, Inter, Juventus dan Milan adalah antara destinasi, menurut ejennya, yang berkata destinasi beliau mungkin sudah diselesaik­an sekiranya Galliani kekal sebagai CEO Milan selepas kelab diambil alih oleh kumpulan pelaburan SinoEurope dari China.

“Ibra menerima begitu banyak tawaran, dari Amerika Syarikat dan beberapa negara lain,” kata Raiola ketika memberitah­u Gazzetta dello Sport.

“Beliau sememangny­a tidak akan pergi ke Napoli. Milan tidak bertanya tentang beliau. Jika Galliani masih berkuasa, beliau sudah berada di sana (Milan).”

Komen Raiola itu dibuat berikutan dengan perbalahan di antara seorang lagi kliennya, Gianluigi Donnarumma dan Milan ketika penjaga gol berusia 18 tahun itu memberitah­u kelab di mana beliau tidak akan memperbaha­rui kontraknya.

CEO baharu Milan, Marco Fassone, berkata Donnarumma dan ejennya menyebabka­n kelab terpaksa membayar 100 juta euro dengan keputusan tidak melanjutka­n kontrak tetapi Raiola membalas dengan mendakwa kliennya telah ‘dibuli’ oleh kelab.

Selain Ibrahimovi­c dan Donnarumma, Raiola juga berkata beliau mungkin berunding satu perpindaha­n untuk pemain Paris Saint Germain (PSG), Blaise Matuidi.

“Ada beberapa kelab bertanya tentang Matuidi, seperti Inter dan Juventus. Inter menarik diri dari bidaan tahun lepas kerana sebab politik. Mungkin kali ini mereka melakukann­ya.” — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? IBRAHIMOVI­C melambai penonton selepas perlawanan Serie A Itali di antara AC Siena dan AC Milan di Montepasch­i Arena, Siena dalam gambar fail bertarikh 29 April 2012.
— Gambar Reuters IBRAHIMOVI­C melambai penonton selepas perlawanan Serie A Itali di antara AC Siena dan AC Milan di Montepasch­i Arena, Siena dalam gambar fail bertarikh 29 April 2012.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia