BEBC Tawau sedia ambil langkah proaktif wujudkan AEC
TAWAU: Majlis Perniagaan Malaysia (BEBC) Kawasan Pertumbuhan Asean TimurBrunei Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA) bersedia mengambil langkah proaktif selaras semangat Asean ke arah mewujudkan Komuniti Ekonomi Asean (AEC).
Pengerusi BEBC Tawau Ahdie Dodds berkata Sabah BIMP-EAGA Traders Association (Beta) juga bersedia memberikan komitmen serupa untuk menjayakan hasrat berkenaan.
“Kita optimis untuk mewujudkan 3T’s Economic Development Zone dan merancakkan hubungan dagang Tawau (Malaysia), Tarakan (Indonesia) dan Tawi-Tawi (Filipina),” katanya.
Dalam kenyataan medianya di sini, kelmarin, beliau berkata tempoh penutupan aktiviti dagangan Sabah-Filipina yang sudah menjangkau lebih setahun, disifatkan sebagai melumpuhkan hubungan dagang antara kedua-dua wilayah.
Menurutnya rombongan BEBC Tawi-Tawi yang datang ke Tawau pada 17 Jun lepas juga ada memberitahunya bahawa mereka kini mencari laluan dagang yang baharu.
Ahdie berkata pertemuan itu dihadiri Beta Sabah, International Alert, Bangsamoro Women Association (MinDA), Mindanao Development Authority serta BEBC TawiTawi yang dipengerusikan Dr Aldrin Q Ibbo.
“Kita dimaklumkan mereka sedang menilai Nunukan, Tarakan dan Tanjung Selor di Kalimantan Utara berikutan kesukaran untuk mereka berdagang dengan Sabah,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata kewujudan 3T’s kelakdiharapmampumenjadi satu permulaan baharu untuk memperkasakan dagangan antara tiga wilayah bersempadan.
Katanya, BEBC Tawau menyambut baik usaha Kerajaan Pusat yang meluluskan hubungan darat baharu yang akan dibuka melalui Serudong Kalabakan dan Simanggaris.
“Namun, kerajaan juga perlu mengambil kira hubungan dagangan laut yang sudah wujud semenjak sekian lama yang perlu terus dijaga dan ditambah baik dengan polisi mesra.
“Impaknya begitu besar kepada sosioekonomi di wilayah-wilayah sempadan antara ketiga-tiga negara khususnya kita di Tawau yang berada di tengahtengah,” katanya.