Bank Muamalat sasar agih pinjaman sebanyak RM3.0 bilion ada akhir tahun
KUALA LUMPUR: Bank Muamalat Malaysia Bhd menyasar untuk mengagihkan bantuan kewangan sebanyak RM3 bilion menjelang akhir tahun ini, daripada RM2 bilion yang dikeluarkan tahun lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata 60 peratus daripada jumlah berkenaan diperuntukkan untuk segmen pengguna manakala bakinya bagi segmen korporat.
“Setakat 31 Mei 2017, bank telah mengagihkan pinjaman lebih RM400 juta.
“Kami juga menyasar untuk menyaksikan pertumbuhan sebanyak lapan hingga 10 peratus dalam keseluruhan prestasi kewangan, berbanding pertumbuhan lima peratus yang dicapai tahun lepas,” katanya kepada pemberita semasa program tanggungjawabsosialkorporat tahunan bank, ‘Break Fast & Furious 4’, di sini baru-baru ini.
Lebih 200 kanak-kanak dari Maahad Tahfiz alHidayah, Tanjung Malim, Madrasah al-Huffaz Wal Ulum, Puncak Alam, Orkid Children, Petaling Jaya dan Wisma Harapan, Brickfields, Kuala Lumpurmengambil bahagian dalam program tersebut.
Beliau berkata bank berkeyakinan dapat mencapai sasaran berkenaan berikutan rancangan untuk melaksanakan strategi pemasaran yang agresif, seperti mendekati bakal pelanggan, daripada hanya menunggu mereka datang ke bank.
Mengenai Platform Akaun Pelaburan (IAP), Mohd Redza berkata Bank Muamalat menjangka dapat meraih RM60 juta melalui platform pendanaan awam berasaskan Internet untuk membiayai perniagaan bersaiz kecil dan sederhana.
IAP yang dilancarkan pada Februari tahun lepas, merupakan produk perbankan yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam, yang menyediakan peluang untuk melabur kepada pelanggan dan berkongsi keuntungan daripada aktiviti pelabutan yang mematuhi syariah.
Beliau berkata bank berjaya meraih RM10 juta semasa tahun pertama IAP beroperasi.
“Pelabur-pelabur terdiri terutamanya daripada pelanggan sedia ada kami memandangkan mereka lebih memahami produk dengan lebih baik,” katanya dan menambah yang banyak daripada badan koperasi.
Mengenai prestasi tahun pertama IAP, Mohd Redza berkata ia agak perlahan disebabkan oleh kurang pemahaman dalam jenis pelaburan.
“Walaupun perlahan, ia bergerak. Ia akan dalam jumlah yang besar dalam dua tahun.
“Kita perlu memastikan IAP membuat pelaburan yang kukuh untuk mendapat keyakinan orang ramai dan memberikan pulangan yang baik,” katanya.
IAP dimajukan oleh sebuah konsortium enam institusi perbankan Islam tempatan iaitu Affin Islamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Maybank Islamic Bhd, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd dan Bank Simpanan Nasional.
Melalui IAP, institusi perbankan Islam akan memudahkan padanan pelaburan dengan usaha teroka yang dikenal pasti atau projekprojek yang memerlukan pendanaan melalui platform ini.-Bernama