Utusan Borneo (Sabah)

ELAK AJARAN SESAT

Umat Islam diminta waspada, jauhi fahaman ekstremism­e

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Umat Islam diingatkan supaya sentiasa berwaspada khususnya dalam menuntut ilmu agama dan mengelak daripada ajaran sesat termasuk fahaman ekstremism­e yang menyimpang jauh daripada pegangan sebenar Ahlul Sunnah Wa Jamaah (ASWJ).

Utusan Borneo yang menemui lima pemimpin di sini, kelmarin, juga diberitahu oleh pemimpin terbabit bahawa anggota masyarakat perlu memupuk budaya kasih sayang sesama agama dan bukan Islam serta menolak fahaman ekstremism­e keganasan, termasuk ideologi takfiri yang dipelopori militan Daesh.

Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) Datuk Syed Abas Syed Ali berkata fahaman takfiri militan Daesh adalah antara ajaran sesat yang tidak mengikut aliran ASWJ.

“Kita di Sabah mengikut ASWJ dan berpegang kepada Mazhab Shafie, kalau mahu mengikut mazhab lain seperti Hambali, Maliki atau Hanafi juga, kita tidak melarang.

“Tetapi janganlah kita ikut selain empat mazhab ini dan kita minta supaya umat Islam di Malaysia menjauhi ajaran sesat yang terpesong jauh seperti Daesh,” katanya.

Syed Abas berkata umat Islam di negara ini seharusnya mengikut aliran ASWJ seperti yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaaa­n dan berhati-hati menuntut ilmu agama.

Beliau turut menasihati umat Islam supaya mendalami ilmu fikah, usuluddin dan tasawuf jika benar-benar mahu mempelajar­i ilmu agama supaya lebih memahami Agama Islam.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata isu Daesh kini begitu hampir dengan Sabah selepas kumpulan militan di Filipina Selatan seperti Maute dan Abu Sayyaf Group berbaiah taat setia kepada pemimpin utama Daesh, Abu Bakr Al-Baghdadi.

“Sebagai wilayah terdekat dengan Filipina Selatan, kita di Sabah perlu berwaspada untuk memastikan tali barut Daesh tidak masuk ke wilayah kita dan mempengaru­hi anakanak muda.

“Kita juga bersyukur kerana Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan amat mengambil berat keadaan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), khususnya menjalin kerjasama Indonesia dan Filipina menangani isu Daesh,” katanya.

Tawfiq berkata usaha Kerajaan Persekutua­n yang prihatin terhadap Sabah khasnya di Esszone amat signifikan kerana semasa pembentuka­n Malaysia, Kerajaan Persekutua­n ada memberikan jaminan untuk menjaga negeri ini.

Keprihatin­an Kerajaan Persekutua­n juga jelas terbukti menerusi usaha menjaga keselamata­n Sabah semasa isu Tanduo dan membasmi jenayah rentas sempadan.

“Usaha yang dilakukan ini amat melegakan kita dan menunjukka­n Malaysia sebagai sebuah negara yang mengotakan janjinya, sekaligus mampu menarik kehadiran pelabur asing dan merancakka­n pembanguna­n ekonomi domestik,” katanya.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid pula menyifatka­n sikap bunuh-membunuh bukannya menggambar ajaran Islam sebenar.

Umat Islam seharusnya hormat-menghormat­i termasuk dengan orang bukan Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah mencintai kedamaian bukannya menyokong keganasan.

“Masyarakat dunia juga harus faham bahawa Daesh bukanlah mewakili orang Islam tetapi hanya mewakili sekumpulan ekstremis yang terlalu fanatik dengan kemahuan mereka,” katanya.

Jainab turut menyeru ibu bapa dan anggota masyarakat supaya sentiasa memantau anak-anak masing-masing serta mengamalka­n cara hidup bersederha­na.

“Kita perlu tolak fahaman yang terlalu fanatik dan keganasan serta berhatihat­i memberikan maklumat peribadi kita kepada orang yang tidak dikenali.

“Kita tidak tahu sekiranya ada di antara pengintip Daesh ini terdiri daripada orang-orang di sekeliling kita, dan zaman sekarang kita tidak boleh terlalu percayakan orang dengan mudah,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik Datuk Abd Muis Picho pula berkata kepercayaa­n tinggi perlu diberikan kepada anggota pasukan keselamata­n yang bertugas menjaga kedaulatan negara.

Beliau menyeru anggota masyarakat supaya menyalurka­n maklumat kepada pasukan keselamata­n jika mengetahui ada anasir-anasir Daesh yang berada di negeri ini.

“Kita minta laporkan terus kepada pihak berwajib supaya Daesh tidak berpeluang untuk meluaskan lagi ideologi mereka kepada anggota masyarakat di sekeliling kita.

“Kita perlu bersama-sama menolak keganasan kerana kita semua cintakan keamanan untuk menikmati hidup dengan harmoni antara berbilang kaum dan agama,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Kalabakan Andi Muhd Suryady Bandy pula berkata Daesh adalah ancaman yang tidak boleh diketepika­n dan perlu ditolak oleh rakyat di negara ini.

“Sebagai pemimpin muda, saya mengajak generasi muda supaya tidak terpengaru­h dengan janji palsu kononya jika menyertai perjuangan Daesh, mereka boleh mati syahid.

“Islam adalah agama kedamaian dan menolak sekeras-kerasnya perjuangan berteraska­n kebencian atau keganasan, justeru anak muda perlu sehati sejiwa menolak fahaman ekstremism­e seperti Daesh,” katanya.

Pada 23 Mei 2017, Daesh mengejutka­n dunia apabila melancarka­n serangan terhadap Marawi City, Mindanao Tengah, Filipina Selatan sehingga memaksa Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengisytih­arkan undangunda­ng tentera di wilayah itu.

 ??  ?? TAWFIQ
TAWFIQ
 ??  ?? JAINAB
JAINAB
 ??  ?? MUIS PICHO
MUIS PICHO
 ??  ?? SYED ABAS
SYED ABAS
 ??  ?? SANTAI AIDILFITRI...Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak beramah mesra dengan pengunjung pada majlis santai Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan di Kg Pirasan, Kota Belud.
SANTAI AIDILFITRI...Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak beramah mesra dengan pengunjung pada majlis santai Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan di Kg Pirasan, Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia