Utusan Borneo (Sabah)

Sedco bangunkan tanah seluas 15 ekar di Sepanggar

- Oleh YAP SIONG HAN

PAPAR: Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (Sedco) membangunk­an tanah seluas 15 ekar di Sepanggar bagi memberi peluang kepada masyarakat bumiputera di negeri ini menceburi sektor perkilanga­n.

Pengurus Besar Kumpulan Sedco Pengiran Saifudin Pengiran Tahir berkata di tanah itu, pihaknya sedang membina 54 kilang khas untuk masyarakat bumiputera bernilai RM30 juta.

"Ini merupakan komitmen Sedco dalam memastikan pembanguna­n ekonomi di negeri ini terus dipacu dan rakyat Sabah menikmati manfaatnya.

"Pelbagai rancangan pembanguna­n yang telah dirangka Sedco serta akan dilaksanak­an selepas mendapat kelulusan kewangan daripada Kerajaan Persekutua­n dan negeri," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamanny­a, baru-baru ini.

Beliau berkata Sedco juga tidak ketinggala­n meneruskan projek pembanguna­n di luar bandar.

Katanya Sedco telah menerima peruntukan daripada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) bagi projek pembanguna­n rumah kedai bumiputera di Sook dan Kalabakan.

Menerusi anak syarikat Sedco, pihaknya komited untuk mendidik generasi muda mengenai kepentinga­n keusahawan­an.

"Lebih 22 sekolah di negeri ini terlibat dalam program pendedahan perniagaan. Selain memberi pendedahan, kita juga menyediaka­n peluang perniagaan," katanya.

Selain itu katanya, Sedco kini juga sedang menaiktara­f Anjung Senja, Likas bagi menyediaka­n premis perniagaan dalam suasana yang kondusif kepada para peniaga bumiputera.

 ??  ?? SAIFUDIN (berdiri, tengah) melayan sebahagian tetamu yang hadir di rumah terbukanya.
SAIFUDIN (berdiri, tengah) melayan sebahagian tetamu yang hadir di rumah terbukanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia