Utusan Borneo (Sabah)

Warga asing ditahan curi motosikal milik jabatan k’jaan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di daerah berkenaan selepas melarikan motosikal milik jabatan kerajaan di Kota Marudu April lalu.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata seorang pekerja di Jabatan Haiwan melaporkan kepada polis berkenaan motosikal milik jabatan terbabit yang hilang dan dipercayai dicuri antara jam 6 petang dan 8 pagi 17 April lalu.

“Hasil daripada hebahan maklumat kepada semua IPD di Sabah, polis kemudianny­a berjaya menjumpai motosikal jenis Modenas berkenaan yang dibawa oleh seorang lelaki pada jam 4 pagi di hadapan kedai 1Malaysia di Jalan Penampang.

“Siasatan lanjut mendapati lelaki yang meunggang motosikal berkenaan adalah suspek warga asing berumur 23 tahun yang melarikan motosikal berkenaan dari Kota Marudu ke Penampang,” katanya.

Ramli berkata motosikal jenis Modenas yang dianggarka­n bernilai RM4,000 itu kemudianny­a dirampas dan suspek ditahan lalu dibawa ke IPD Penampang untuk tindakan selanjutny­a.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen bagi kesalahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang boleh dipenjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 beserta sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam perkembang­an berasingan, seorang lelaki tempatan ditahan selepas menyerang seorang pelanggan menggunaka­n parang dalam keadaan mabuk di sebuah pusat hiburan di Keningau pada 25 Jun lalu.

Ramli berkata hasil siasatan mendapati kejadian jam 10.45 malam itu berlaku selepas suspek didakwa tidak membayar bil minuman oleh pekerja pusat hiburan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia