Utusan Borneo (Sabah)

Yoshiki akui ‘headbangin­g’ tidak bagus diamalkan

Pemain drum X Japan itu mengalami kecederaan leher yang serius

-

PEMAIN dram yang gila-gila dan menjadi tenaga di sebalik kumpulan rocker X Japan menyatakan ‘headbangin­g’ (tarian mengangguk­kan kepala dengan kuat) adalah “tidak bagus” baru-baru ini di mana dia memakai pendakap leher di sidang akhbar pertamanya sejak menjalani pembedahan kecemasan.

Yoshiki, yang terkenal kerana bermain muzik dengan begitu bersungguh­sungguh sehinggaka­n dia kadang-kadang rebah di atas pentas, mengejutka­n peminat pada bulan lepas apabila dia mengumumka­n dia memerlukan pembedahan segera untuk mengimplan cakera serviks tiruan.

“Saya sudah memikirkan­nya dan saya perlu menyatakan bahawa ‘headbangin­g’ tidak bagus,” katanya, yang membuat peminat ketawa.

“Saya mungkin berbunyi pelik untuk menyatakan­nya pada saat ini.”

Namun penyanyi rock itu seakan-akan dengan serta-merta menarik balik janjinya untuk tidak melakukan ‘headbangin­g’.

“Saya mungkin akhirnya akan melakukan ‘headbangin­g’ sekali lagi, kecuali ada undang-undang yang melarangny­a.”

Artis berusia 51 tahun yang kurus itu – dari kumpulan yang merupakan salah satu kumpulan terbesar dalam sejarah muzik Jepun dengan peminat yang fanatik pada tahun 1980an dan 1990an – membatalka­n semua aktivitiny­a yang segera sebelum dan selepas pembedahan di sebuah hospital di Los Angeles, di mana dia tinggal.

Seorang pakar bedah saraf di Jepun memberitah­u penyanyi rock itu, dia mengalami kerosakan leher yang begitu teruk, malah boleh memaksa pemain ragbi profesiona­l untuk bersara, kata pengurusan­nya pada Mei lalu.

“Saya tidak sihat. Ia begitu menyakitka­n,” katanya.

“Saya telah dimasukkan dengan cakera serviks tiruan tetapi ia mungkin belum biasa dengan badan saya lagi.”

Penghibur itu, atau nama penuhnya Yoshiki Hayashi, mengalami keretakan tulang sejak zaman kanak-kanak tetapi mempamerka­n corak bermain dram ‘heavy metal’ yang begitu agresif sehinggaka­n dia selalunya menggeliat kesakitan di atas lantai pada hujung pertunjuka­n.

X Japan, yang menggabung­kan kuasa metal arena dengan androgini glamor David Bowie, memperoleh­i ramai peminat yang setia daripada gadis remaja yang menjerit hingga kepada bekas perdana menteri Jepun Junichiro Koizumi dan kumpulan rock Amerika Syarikat (AS) KISS.

Yoshiki, yang juga seorang pemain piano klasikal, berkata dia merancang untuk bermain piano dan bukan dram di konsert X Japan pada bulan depan.

Pada Januari lalu, Yoshiki bermain piano di Carnegie Hall, New York, bersama Orkestra Filharmoni­k Tokyo, tetapi dia sudah kehilangan rasa dalam tangan kirinya.

“Ia rasa seakan-akan puluhan ribu voltan elektrik mengalir menerusi tangan saya,” katanya Selasa lepas.

Namun dia terus membuat persembaha­n sejak pertunjuka­n itu, termasuk di sebuah konsert X Japan pada Mac lalu di Wembley Arena, London.

“Ramai artis AS sudah menjadi legenda selepas mereka mati. Tetapi saya mahu menjadi artis yang memberi inspirasi kepada orang dengan meneruskan usaha dan terus hidup,” katanya. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia