Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Aidilfitri masuk hari ke-4: Masih ada balik kampung

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Walaupun suasana lengang di Terminal Bas Inanam, namun masih terdapat mereka yang membeli tiket balik ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Tinjauan yang dilakukan kelmarin menunjukka­n mereka lewat balik ke kampung bukan disebabkan tidak membeli tiket awal tetapi atas komitmen kerja.

Putra Adrian Syah Noor Hamidori, 22, berkata dia baharu kelmarin sampai dari Kuala Lumpur.

“Sebelum ini, saya hanya menyambut Hari Raya di sana selama dua tahun berturuttu­rut. Saya bekerja di sana dan hanya berpeluang balik ke Sabah pada hari ini.

“Saya berasal dari Sandakan dansayarin­dudenganke­luarga saya di sana memandangk­an sudah dua tahun tidak balik kampung,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Dia juga bersyukur kali ini mempunyai kesempatan untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga.

Sementara itu, suri rumah Syakila Salatin, 23, rumah berkata dia mengikut suaminya yang bekerja di Kuala Lumpur.

“Tiket kapal terbang untuk kembali sebelum Hari Raya adalah sangat mahal, oleh itu kami memutuskan bahawa hanya kembali ke Sabah selepas raya pertama untuk mendapatka­n tiket yang berpatutan harganya.

“Komitmen kerja juga perlu diutamakan, bagaimanap­un kami tidak pernah terlepas untuk balik ke kampung halaman kami di Sandakan setiap tahun,” katanya.

Beliau tidak menafikan bahawa ia memang agak terlewat sudah untuk balik ke kampung namun, segalanya berjalan dengan lancar.

Tiket kapal terbang untuk kembali sebelum Hari Raya adalah sangat mahal, oleh itu kami memutuskan bahawa hanya kembali ke Sabah selepas raya pertama untuk mendapatka­n tiket yang berpatutan harganya.”

SYAKILA SALATIN, 23 Suri rumah

 ??  ?? PUTRA
PUTRA
 ??  ?? SYAKILA (kiri) bersama suami dan anak-anaknya bersedia untuk balik ke Sandakan.
SYAKILA (kiri) bersama suami dan anak-anaknya bersedia untuk balik ke Sandakan.
 ??  ?? KAUNTER jualan tiket masih didatangi oleh mereka yang ingin balik ke kampung.
KAUNTER jualan tiket masih didatangi oleh mereka yang ingin balik ke kampung.
 ??  ?? SUASANA Terminal Bas Inanam.
SUASANA Terminal Bas Inanam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia