Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki ugut bunuh anak, kecewa bekas isteri tidak balik beraya

Dikatakan kecewa bekas isteri tidak balik beraya

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTAKINABA­LU:Seorang lelaki tempatan yang mengalami kemurungan mengugut untuk membunuh dua anak perempuann­ya yang dikurung di dalam bilik di rumah keluarga angkatnya di Kampung Suang Parai Manggatal, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata suspek yang berumur 30 tahun itu melakukan perbuatan terbabit selepas kecewa terhadap bekas isterinya yang berada di Johor tidak balik beraya bersama mereka.

“Siasatan awal mendapati suspek yang mengalami kemurungan bertindak mengurung dua anaknya yang berumur lima dan empat tahun di dalam bilik di rumah keluarga angkatnya.

“Pemilik rumah yang takut dengan kejadian kemudianny­a mendapatka­n pertolonga­n daripada anak saudaranya (pengadu) untuk menasihati suspek agar melepaskan anakanakny­a.

“Suspek bagaimanap­un tidak mempedulik­an nasihat berkenaan dan mengamuk serta mengugut untuk membunuh anaknya menggunaka­npedangsam­urai yang diacukan di bahagian leher anaknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Chandra berkata pengadu kemudianny­a melaporkan kejadian kepada pihak polis selepas suspek enggan bersetuju dengan nasihatnya.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan anggota polis kemudianny­a mengepung lokasi kejadian dan memujuk suspek untuk menyerah diri serta melepaskan anak-anaknya.

“Suspek kemudianny­a menyerah diri beberapa minit kemudian dan membawa kedua-dua anaknya keluar dari bilik berkenaan sebelum menyerahka­nkepadakel­uarga angkatnya dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau berkata dua senjata termasuk pisau pemotong sayur dan pedang samurai sepanjang 40 sentimeter yang diserahkan oleh suspek kemudianny­a dirampas sebagai barangan kes.

Tambahnya suspek yang positif dadah jenis syabu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Alamesra, dan kini direman untuk disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Suspek bagaimanap­un tidak mempedulik­an nasihat berkenaan dan mengamuk serta mengugut untuk membunuh anaknya menggunaka­n pedang samurai yang diacukan di bahagian leher anaknya

ASISTEN KOMISIONER M CHANDRA Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

 ??  ?? LOKASI kejadian di mana suspek mengurung dan mengugut untuk membunuh dua anak perempuann­ya.
LOKASI kejadian di mana suspek mengurung dan mengugut untuk membunuh dua anak perempuann­ya.
 ??  ?? PEDANG samurai dan pisau pemotong sayur yang diserahkan oleh suspek sebelum dirampas pihak polis.
PEDANG samurai dan pisau pemotong sayur yang diserahkan oleh suspek sebelum dirampas pihak polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia