Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia komited henti jenayah pemerdanga­n manusia: Najib

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi komitmen Malaysia untuk menghentik­an jenayah pemerdagan­gan manusia.

Menulis dalam catatan di laman rasmi Facebook beliau, Perdana Menteri berkata usaha kolektif Malaysia dalam memerangi jenayah perdaganga­n manusia dalam negara dan serantau mula membuahkan hasil apabila negara memperbaik­i kedudukann­ya dalam Laporan Pemerdagan­gan Orang 2017.

Dalam Laporan Tahunan bagi2017it­uyangdikel­uarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, Malaysia telah dinaik taraf ke Tahap 2 daripada kekal di Tahap 2 Senarai Pemerhatia­n bagi tahun 2016.

“Syabas kepada mereka yang bekerja dengan gigih untuk mencapai ini. Kami tetap komited untuk menghentik­an pemerdagan­gan manusia, melindungi mangsa dan mendakwa pelaku jenayah ini,” kata Najib.

Tahap 2 diberikan kepada kerajaan negara yang tidak memenuhi sepenuhnya standard minimum Akta Perlinding­an Mangsa Pemerdagan­gan Orang Amerika Syarikat 2000 tetapi membuat usaha penting untuk membawa diri kepada pematuhan standard tersebut.

Menurut laporan itu, kerajaan Mmalaysia telah menunjukka­n peningkata­n usaha berbanding tempoh pelaporan sebelum ini yang membolehka­n ia dinaik taraf kepada Tahap 2.

“Kerajaan ini (Malaysia) menunjukka­n peningkata­n usaha-usaha dengan memperluas­kan siasatan kes pemerdagan­gan, pendakwaan dan sabitan,”menurut laporan itu.

Laporan itu juga memuji usaha Malaysia untuk menubuhkan Pasukan Petugas Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran bagi menggemble­ng usaha operasi antipemerd­agangan bersepadu.

Malaysia menyasarka­n untuk mencapai status Tahap 1 dalam Laporan Pemerdagan­gan Orang 2020

Sementara itu di Kota Kinabalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata peningkata­n kedudukan taraf Malaysia dalam Laporan Pemerdagan­gan Orang 2017 mencermink­an usaha kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memerangi jenayah tidak berperikem­anusiaan itu.

Beliau berkata rakyat Malaysia dipacu dengan nilainilai kesejahter­aan dan hormat, telah kekal bersatu menentang jenayah pemerdagan­gan manusia.

“Lebih penting lagi dan sebagai tambahan kepada perkongsia­n antarabang­sa, Malaysia kekal komited dan akan meneruskan usaha mencegah, melindungi mangsa dan mendakwa pelaku jenayah ini,”katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas Laporan Pemerdagan­gan Orang 2017, yang dikeluarka­n oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, yang menaik taraf Malaysia ke Tahap 2 daripada Tahap 2 Senarai Pemerhatia­n bagi tahun 2016.

Sebelum ini, Malaysia menduduki Tahap 2 Senarai Pemerhatia­n pada 2015 selepas dinaik taraf dari Tahap 3 Senarai Pemerhatia­n pada 2014.

Negara-negara pada Tahap 2 dianggap tidak memeuhi sepenuhnya standard minimum Akta Perlindung­an MangsaPeme­rdaganganO­rang Amerika Syarikat 2000 tetapi telah melakukan usaha-usaha signifikan untuk mematuhi standard tersebut.-Bernama

 ??  ?? SALLEH
SALLEH
 ??  ?? NAJIB
NAJIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia