Utusan Borneo (Sabah)

Sabah perlu kementeria­n pelajaran tampung pengajian khusus

- Oleh HENRY BATING

KOTA KINABALU: Sabah memerlukan kementeria­n pelajaran sendiri bagi menampung pelbagai fungsi yangtidakm­ampudilaks­anakan Kementeria­n Pendidikan Persekutua­n.

Naib Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Peter Anthony berkata kegagalan penubuhan Kolej KDM di Tambunan merupakan bukti konkrit betapa pentingnya Kerajaan Negeri Sabah memiliki kementeria­n pelajarann­ya sendiri.

“Di bawah kementeria­n pelajaran Sabah, universiti Sabah beserta pelbagai institusi latihan dapat diwujudkan termasuk menyemak semula keperluan dan kesesuaian penubuhan Kolej KDM,” katanya.

Beliau yang juga presiden KDM Malaysia menegaskan majlis pecah tanah penubuhan Kolej KDM telah dijalankan menjelang pilihan raya umum (PRU13) dan sepatutnya pada masa sekarang di mana PRU14 tidak lagi sampai setahun, pembinaan kampus kolej itu sudah bermula.

“Rakyat Sabah khususnya masyarakat Kadazandus­un Murut telah menaruh harapan tinggi kepada majlis pecah tanah penubuhan Kolej KDM di Tambunan pada 8 Ogos 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Menurut Peter pihaknya difahamkan sebuah kolej komuniti sudah diwujudkan dengan menumpang bangunan di sekitar Pekan Tambunan, namun kolej itu bukanlah seperti Kolej KDM yang dicadangka­n khususnya dalam aspek penawaran kursus dan kapasiti operasi.

Beliau yakin Parti Warisan Sabah mampu merealisas­ikan penubuhan Kolej KDM dengan menyesuaik­an bentuk pelatihan kemahiran seiring keperluan pelbagai sektor di negeri ini termasuk mewujudkan fakulti pendidikan, bahasa dan sosial.

“Warisan memiliki sekumpulan panel akademik yang telah merumuskan kaedah pewujudan kementeria­n pelajaran Sabah dan penubuhan universiti Sabah tanpa membawa implikasi besar terhadap kedudukan kewangan Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata kewujudan fakulti itu amat diperlukan berikutan penutupan Institut Pendidikan Guru (IPG) Keningau di samping melonjakny­a permintaan masyarakat Sabah melestarik­an bahasa ibunda serta pengajian yang lebih jelas mengenai sejarah Sabah.

“Fakulti itu boleh menjadi pusat pengajian bahasa pelbagai etnik Sabah, sejarah Sabah termasuk Perjanjian Malaysia 1963, diploma pendidikan lepasan ijazah bahasa Kadazandus­un dan pelatihan guru-guru tadika pelbagai bahasa etnik,” katanya.

 ??  ?? PETER
PETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia