Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an buluh berakit pada Pesta Tagang Sungai Semadang 2017

-

KUCHING: Pertanding­an buluh berakit merupakan salah satu acara baharu an pada edisi ketiga Pesta Tagang Sungai Semadang 2017 pada 28 Julai ini, menurut jurucakap jawatankua­sa penganjur, Remos Jepos, kelmarin.

Beliauberk­ataacara ituakan hanya mempertand­ingkan kategori terbuka kepada peserta lelaki dan wanita dalam dan luar negara berumur 18 tahun ke atas dengan setiap pasukan dibenarkan mempunyai maksimum empat peserta,

Pertanding­an berakit sejauh kira-kira tiga kilometer itu akan diadakan pada 11 pagi, 30 Julai, iaitu hari terakhir pesta tersebut,

Ia akan bermula dari Ga SauudiKamp­ungSemadan­gdan berakhir di jambatan gantung kampung berkenaan.

Remos berkata bayaran pendaftara­n adalah RM50 bagi setiap pasukan dan tarikh tutup penyertaan ialah sebelum 12 tengah hari , 20 Julai ini.

Beliau berkata pasukan juara akan menerima hadiah wang tunai RM800, naib juara RM600 dan RM400 kepada pasukan di tempat ketiga.

Selain acara berakit, acara lain diatur untuk pesta tiga hari itu ialah pertanding­an memancing, perlumbaan kayak, peraduan ratu cantik ‘Miss Tagang’, pertanding­an memasak, tarian, bazar makanan dan pameran.

Borang penyertaan bagai acara berakit, kayak dan pertanding­an memancing boleh didapati di Kafe Awah, ibu pejabat Persatuan Kebangsaan Bidayuh Dayak (DNBA) di Jalan Kumpang, Off Jalan Ong Tiang Swee, Kuching atau menghubung­i Remos Jepos di talian 013 8482670.

Pesta tersebut dianjurkan bersama oleh Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Semadang, Jabatan Pertanian Sarawak serta ditaja oleh Kementeria­n Pengangkut­an, Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan dan Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia