Utusan Borneo (Sabah)

PPD Kota Belud sambut baik seminar transforma­si anak-anak

- Oleh HENRY BATING

KOTA BELUD: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) amat mengalu-alukan penganjura­n seminar pendidikan berbentuk motivasi bagi proses tranformas­i perilaku anakanak.

Pegawai Fasilinus PPD Kota Belud Dosili Sumbing berkata seminar seumpama itu perlu dipertimba­ng untuk diapikasik­an di setiap sekolah baik peringat rendah mahupun menengah.

“Anak merupakan modal bagi keluarga yang diharapkan dapat membantu secara ekonomi di samping berbakti kepada orang tua dengan merawat mereka di hari tua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Seminar ‘Parenting School Raising Brilliant Kids’ PPD Kota Belud di Kampung Melangkap Baru, baru-baru ini.

Seminar tiga hari dua malam itu dianjur bersama PPD Kota Belud, Adun Kadamaian Jeremy Ukoh Malajad dan wakik EMC Indonesia Drs Bram Soei Ndoen.

Turut hadir, Pengarah Program Seminar Lorence Awasang dan 215 peserta terdiri daripada ibu bapa.

Dosili menjelaska­n seminar itu bertujuan memberi panduan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tentang proses melahirkan modal insan yang diperlukan negara dengan memiliki kecerdasan dalam pelbagai bidang.

Seiring perubahan dan perkembang­an zaman kini, beliau berkata anak-anak akan menjadi harapan ibu bapa agar mencapai pendidikan yang tinggi sehingga dapat menjunjung tinggi martabat orang tua dan meningkatk­an status sosial keluarga.

Menurutnya sebagaiman­a diketahui bersama, ramai yang berpendidi­kan tinggi namun masih melakukan satu tindakan yang tidak sesuai dengan nilai dan norma masyarakat disebabkan rendahnya pemahaman dan penanaman ‘pendidikan nilai’ dalam diri.

“Pendidikan nilai adalah penanaman dan pengembang­an nilai-nilai pada diri seseorang, diajarkan atau ditanam dari unit paling kecil dan yang paling dekat dengan anak iaitu keluarga,” katanya.

Menurut wakil PPD itu, keluarga berperanan penting sebagai tempat pertama bagi anak untuk mendapatka­n pendidikan­nilaidanke­sedaran anak akan sesuatu nilai pada awalnya bukan muncul dari teori atau konsep, melainkan melalui pengalaman langsung yang dilihat dan dirasakann­ya sendiri.

Difahamkan, seminar seumpama itu akan diadakan di Acts Internatio­nal Conference VII, bertema ‘Kingdom Family’ di Hotel Atria, Gading Serpong, Tangerang Selatan, BantenIndo­nesia.

 ??  ?? BRAM (duduk, tengah), Dosili dan Lorence bersama para peserta seminar.
BRAM (duduk, tengah), Dosili dan Lorence bersama para peserta seminar.
 ??  ?? LORENCE menyampaik­an cenderahat­i kepada Dosili (kanan).
LORENCE menyampaik­an cenderahat­i kepada Dosili (kanan).
 ??  ?? DOSILI menyampaik­an cenderahat­i kepada Bram (kiri).
DOSILI menyampaik­an cenderahat­i kepada Bram (kiri).
 ??  ?? URUSETIA penganjur bergambar bersama Bram.
URUSETIA penganjur bergambar bersama Bram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia