Utusan Borneo (Sabah)

HQE punya kakitangan prihatin dan komited

-

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Hak Asasi Rakyat Sabah Lee Pun Yee menyatakan rasa gembira kerana Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) mempunyai sekumpulan kakitangan yang prihatin, berdedikas­i dan komited.

Beliau berkata mereka memberikan sepenuh perhatian untuk membantu, melayan serta berbakti kepada warga yang sakit.

Katanya semangat yang tidak berbelah bahagi itu sedikit sebanyak telah mengurangk­an penderitaa­n serta kesakitan zahir dan batin bagi pesakit yang terlantar di hospital, katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersama-sama ahli jawatankua­sanya mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Pengarah Hospital Queen Elizabeth II Dr Hj Razak Tambi, kelmarin.

Lee berkata bidang kedoktoran dan kejururawa­tan adalah satu kerjaya yang disanjung tinggi oleh masyarakat.

Bagaimanap­un, pengamal perubatan perlu berdisipli­n, berfikiran positif dan bertanggun­gjawab memelihara imej profesiona­lisme mulia itu setiap masa.

“Mereka juga perlu meningkatk­an diri dengan pengetahua­n dan kemahiran jagaan perawatan serta perubatan terkini seiring dengan kemajuan dan perkembang­an perubatan semasa.

“Saya berharap hospital lain mencontohi usaha kecemerlan­gan Hospital Queen Elizabeth II, sesuai dengan misi hospital, iaitu ‘menyediaka­n perkhidmat­an secara cekap, mesra dan penyayang dengan menekankan kemuliaan insan’,” katanya.

 ??  ?? LEE bergambar kenangan dengan Dr Razak sempena kunjungan itu.
LEE bergambar kenangan dengan Dr Razak sempena kunjungan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia