Utusan Borneo (Sabah)

Dua wanita bebas tuduhan menipu Babitkan kes pinjaman wang dengan bank

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini membebaska­n dua wanita tempatan atas pertuduhan menipu melibatkan pengurusan pinjaman wang dengan bank.

Majistret Jessica Ombou Kakayun membebaska­n tanpa melepaskan Lelly @ Lily Raspin, 43, dan Nursiah Asil @Rasit, 36, daripada pertuduhan itu selepas membenarka­n permohonan pihak pendakwaan.

Mereka yang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dituduh menipu Noor Affendi, 29, bahawa mereka boleh menguruska­n pinjaman wang sebanyak RM90,000 dengan bank.

Akibat terperdaya, mangsa memasukkan wang tunai sebanyak RM2,500 ke dalam akaun Nursiah pada 25 November tahun lalu jam 5.55 petang di mesin ATM Maybank cawangan Putatan.

Pada hari sama jam 1.56 petang, di Maybank cawangan Lintas di sini, mereka menipu Nicholas Sylevester Basayu, 29, melibatkan pinjaman sebanyak RM100,000.

Mangsa memasukkan wang sebanyak RM3,000 ke dalam akaun milik Nursiah, yang mana tidak akan dilakukan sekiranya tidak diperdayak­an.

Sekiranya disabitkan bersalah atas kesalahan itu, mereka boleh dikenakan penjara minimum setahun dan maksimum sepuluh tahun atau dengan denda, atau sebat.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon agar kedua-dua tertuduh dibebaskan tanpa dilepaskan atas pertuduhan berkenaan, kerana pengadu sudah menarik laporan ke atas setiap tertuduh.

Lelly dan Nursiah mula didakwa pada 30 Mac tahun ini dan mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu.

Dalam pada itu, Jessica mengarahka­n wang ikat jamin dikembalik­an kepada keduadua tertuduh.

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia