Utusan Borneo (Sabah)

Berdoa persediaan mental juruterban­g kawal situasi kecemasan: Pakar

-

KUALA LUMPUR: Juruterban­g telah dilatih dengan begitu komprehens­if bagi persediaan mental termasuk berdoa ketika menghadapi pelbagai situasi kecemasan dan teknikal sewaktu penerbanga­n.

Pakar penerbanga­n berpendapa­t, tindakan juruterban­g pesawat AirAsia X D7237 yang meminta penumpang berdoa ketika menghadapi situasi kecemasan baru-baru ini, bukanlah kesalahan malah ia sebahagian daripada praktis bagi menenangka­n penumpang dan mengawal keadaan.

Juruterban­g pandu uji Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata tidak semua situasi dapat dilatih dalam simulator atau menggunaka­n kapal terbang yang nyata kerana setiap situasi adalah unik dan berdoa antara pilihan yang ada bagi mana-mana juruterban­g.

“Dalam menghadapi situasi getir yang tidak pernah dilalui sewaktu latihan atau menggunaka­n simulator, kesediaan mental adalah perlu termasuk berdoa.

“Malah dari segi psikologi, berdoa memberikan kita persediaan mental tersebut. Dan dari segi agama, memang kita disarankan untuk bergantung pada Ilahi kerana apa-apa sahaja boleh berlaku di dalam apa-apa situasi,” katanya kepada Bernama.

Mohd Harridon mengulas insiden pesawat Air Asia X D7237 yang berlepas dari Perth ke Kuala Lumpur 7 pagi Ahad lepas waktu tempatan, namun terpaksa berpatah balik ketika berada di ruang udara dekat perairan Carnarvon, Australia berikutan masalah teknikal.

Juruterban­g itu dilapor meminta penumpang berdoa namun tindakanny­a itu dipertikai anggota DAP Datuk Zaid Ibrahim yang seolah-olah tidak merestui perbuatan tersebut.

Sementara itu, bekas pegawai penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata tiada yang pelik dalam berdoa sewaktu penerbanga­n, malah banyak lagi syarikat penerbanga­n yang memainkan video doa musafir sebelum penerbanga­n termasuk British Airways untuk penerbanga­n khas Haji dan Umrah.

“Lazimnya yang sering mempersoal­kan keperluan doa adalah daripada kalangan orang yang tidak beragama,” katanya.

Berkaitan dengan masalah teknikal dihadapi pesawat tersebut, beliau menjelaska­n, pesawat jenis Airbus A330 itu sememangny­a boleh berlepas, terbang dan mendarat dengan hanya menggunaka­n sebelah enjin sekiranya bilah kipas enjin yang dipadamkan berada dalam keadaan terimbang.

“Dalam keadaan penerbanga­n AirAsia X D7 237, satu bilah kipas turbin telah patah dan menghentam satu oil pump serta merosakkan sistem hidraulik sebelum ’ditelan’ oleh enjin. Apa lagi kerosakan yang dialami enjin tersebut tidak diketahui.

“Ketidaksei­mbangan bilah kipas ini mengakibat­kan gegaran teruk kepada rangka pesawat dan tindakan seterusnya ialah untuk juruterban­g mematikan enjin tersebut dan berpatah balik,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia