Utusan Borneo (Sabah)

Utamakan kemenangan PRU14

Nasihat Mustapa kepada ahli Umno di Kelantan yang berebut kedudukan dalam parti

-

KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Kelantan Datuk Seri MustapaMoh­amedmenegu­r sikap segelintir anggota parti itu di negeri ini yang ghairah menjalanka­n kempen untuk merebut kedudukan dalam parti berbanding melakukan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mustapa yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau mendapat laporan secara lisan bahawa terdapat segelintir anggota parti itu melakukan kempen secara terangtera­ngan walaupun pucuk pimpinan sebelum ini telah menangguhk­an pemilihan sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

“Ini satu perkara yang kurang menyenangk­an kita di Badan Perhubunga­n (Umno Kelantan). Kita mahu semua pihak supaya jangan terlalu ghairah berkempen jawatan dalam parti kerana tumpuan kita adalah kemenangan dalam PRU14.

“Kita tak mahu manamana pihak dengan kegiatan berkempen mereka untuk pemilihan parti, menggagalk­an citacita masyarakat luar bandar dan masyarakat bawahan untuk melihat perubahan di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Mesra Raya Perantau, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Penjawat Awam di Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Kelantan di Bandar Baharu Tunjong di sini, kelmarin.

Majlis yang dihadiri kirakira5,000pengunj­ungituturu­t dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengarah Jabatan Pembanguna­n Persekutua­n (JPP) Kelantan Yahaya Mamat.

Mengulas lanjut beliau berkata terdapat perubahan sokongan terutama dalam kalangan masyarakat luar bandar terhadap Umno ketika ini.

“Rakyat di bawah ini semakin selesa dengan Barisan Nasional (BN), maka dengan itu janganlah kita buang peluang yang ada ini begitu sahaja. Segala usaha, kerja dan tenaga kita hendaklah ditumpukan kepada usahausaha untuk membina kekuatan parti sehinggala­h kita mencipta kemenangan.

“Jangan ini (kempen pemilihan jawatan dalam parti) menjadi agenda besar. Itu perkara kecil kerana yang penting kita bersama nak capai kemenangan di Kelantan,” katanya.- Bernama

“Terdapat segelintir anggota parti itu melakukan kempen secara terang-terangan walaupun pucuk pimpinan sebelum ini menangguhk­an pemilihan sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Ini satu perkara yang kurang menyenangk­an kita di Badan Perhubunga­n (Umno Kelantan). Kita mahu semua pihak supaya jangan terlalu ghairah berkempen jawatan dalam parti kerana tumpuan kita adalah kemenangan dalam PRU14.

DATUK SERI MUSTAPA MOHAMED Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Kelantan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia