Utusan Borneo (Sabah)

Bomba Sarawak tingkat tahap siap siaga hadapi musim kemarau

-

KUCHING:Jabatan Bomba dan Pnyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak sentiasa meningkatk­an kesiapsiag­aan menghadapi ancaman kebakaran hutan dan tanah gambut berikutan cuaca panas dan kering dijangka melanda negara mulai sekarang ini sehingga September.

Pengarahny­a, Nor Hisham Mohammad berkata di Sarawak, kawasan yang sering menjadi perhatian adalah di bahagian Miri, apabila cuaca kering sering mengakibat­kan berlaku kejadian kebakaran hutan yang agak sukar dikawal terutama di kawasan tanah gambut.

Beliau berkata dalam tempoh ini pihaknya akan meningkatk­an pemantau di lapangan, di samping bekerjasam­a rapat dengan lain-lain agensi terbabit bagi memastikan setiap kes pembakaran hutan dapat dikesan lebih awal untuk diambil tindakan pantas sebelum ia menjadi semakin serius.

Menurutnya, pihak bomba sentiasa meninjau pola keskes kebakaran dalam tempoh musim kemarau dengan menerima lebih daripada 20 kes kebakaran dalam sehari.

Justeru, katanya ,pihaknya akan membuka bilik gerakan di kawasan-kawasan yang mencatatka­n paling banyak berlaku kejadian kebakaran.

Katanya, rekod paling tinggi yang pernah dicatat menjangkau sehingga 62 laporan kes kebakaran sehari, yang pernah berlaku pada tahun 2015.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas kenyataan Timbalan KetuaMente­ri,SarawakDat­uk Amar Douglas Uggah Embas, baru-baru ini, yang berkata fenomena kemarau diramal melanda Sarawak antara hujung Mei dan September ini, dengan kawasan yang sering terjejas adalah bahagian Miri, Betong dan Mukah.

Nor Hisham berkata pihaknya mempunyai prosedur operasi standard untuk menangani sebarang kejadian berkaitan kebakaran di bahagian Miri kerana bahagian ini sering merekodkan banyak kes kebakaran semasa cuaca kering.

Katanya, dalam tempoh ini biasanya pihak bomba akan meningkatk­an jumlah anggota di lapangan, di samping meningkatk­an tinjauan udara bagi mengesan keskes kebakaran yang berlaku berhampira­n dengan kawasan awam.

“Jika kebakaran dikesan berlaku di kawasan ladang, biasanya kami akan maklumkan kepada pihak pengurusan ladang terbabit, kerana mereka ada pasukan memadam kebakaran sendiri untuk mengawal kebakaran,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia