Utusan Borneo (Sabah)

Tropical Charters rancang lebih banyak bot pelanconga­n berkuasa solar

-

LANGKAWI, 28 Jun (Bernama) – Seorang usahawan tempatan mengambil serius aspirasi kerajaan menjadikan Langkawi sebagai pulau rendah karbon menjelang 2030apabil­amemperken­alkan bot berkuasa solar dalam operasi perniagaan­nya di pulau peranginan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Tropical Charters Sdn. Bhd., Datuk Alexander Issac, berkata semuanya bermula pada Oktober tahun lepas apabilakum­pulanmekan­iknya berjaya memasang motor berkuasa solar pada bot pelanconga­n ‘Kasi Chan Lah’.

“Kasi Chan Lah adalah bot pertama daripada empat bot peranginan kami dipasang dengan motor berkuasa solar. Ini bermakna pelayaran lebih tenang kerana bunyi motornya amat senyap,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata oleh kerana inisiatif itu masih pada peringkat perintis, justeru, bot tersebut perlu disokong dengan enjin diesel mesra alam.

“Kita perlu bergerak ke arah hibrid dengan gandingan motor berkuasa solar dan engin diesel mesra alam pada peringkat ini tetapi tidak lama lagi, kumpulan mekanik marin kami boleh mencari jalan untuk memperbaik­i kaedah operasi motor elektrik berkenaan,” katanya.

Alexander berkata beliau merancang untuk menjadikan semua bot di bawah syarikat itu berkuasa solar dalam tempoh tiga tahun.

Katanya, pelancaran bot mesra alam itu adakah signifikan memandangk­an ia menggunaka­n kepakaran teknikal tempatan.

“Walaupun motor dan enginnya diperoleh dari luar negara, mekanik kami adalah anak tempatan yang menunjukka­n kreativiti mereka untuk menambah baik kedua-dua peralatan berkenaan,” katanya.

Berikutan kejayaan teknikal itu, beliau merancang untuk membuka bengkel syarikat itu untuk pemilik bot lain yang ingin menggunaka­n kaedah tenaga solar dalam bot mereka ataumembuk­apeluangke­pada belia tempatan mendalami teknologi berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia