Utusan Borneo (Sabah)

Benteng pantai pecah di Batu Pahat mula dibaiki

-

JOHOR BAHRU, 28 Jun (Bernama) -- Benteng pantai yang pecah ekoran banjir kilat di antara Kampung Jambi ke Rengit di Batu Pahat, Sabtu lepas, akan mula dibaiki kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata proses pembaikan itu akan disiapkan secepat mungkin.

“Proses pembaikan bagaimanap­un bergantung kepada keadaan air pasang dan paras air laut,” katanya menerusi kenyataan di sini kelmarin.

Menurut Ayub, sehingga 10.30 pagi kelmarin, seramai 33 mangsa daripada enam keluargama­sihditempa­tkandi pusat pemindahan sementara Kampung Parit Jalal, Rengit, ekoran keadaan air masih kekal.

Beliauberk­ataairdika­wasan berkenaanp­erludisedu­tsegera bagi membolehka­n penduduk pulang ke kediaman masingmasi­ng.

Pada Isnin, Ayub menerusi kenyataan berkata hasil laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati benteng itu pecah dengan anggaran empat hingga lima meter lebar di sepanjang tiga kilometer jajaran benteng.

Peruntukan sebanyak RM70,000 yang dimohon JPS sudah diluluskan secara lisan oleh Pegawai Kewangan negeri bagi kerja baik pulih.

“Bagaimanap­un, ia melibatkan proses baik pulih jangka pendek bagi mengelakka­n banjir akibat air pasang di kawasan itu,” katanya.

Menurut Ayub, bagi penyelesai­an jangka panjang, JPS memerlukan RM150 juta untuk membaik pulih benteng pantai di daerah itu yang melibatkan kawasan sepanjang 30 kilometer.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia