Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Sungai Mador mahu permohonan Skim TSSPK diluluskan

-

SIBU: Hampir 20 penduduk dari Rumah Cherida, Sungai Mador di Jalan Kelupu-JulauDurin (KJD), Bintangor, kira-kira 42km dari sini, mahu supaya permohonan Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) mereka dipertimba­ngkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Permohonan mereka pada April lepas telah ditolak atas alasan tiada peruntukka­n bagi melaksanak­an skim tersebut.

Bagaimanap­un, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa semasa menghadiri majlis Sambutan 100 Tahun Industri Sawit Negara di Ladang Tennamaram, Ijok, Selangor, pada 18 Mei lepas mengumumka­n peruntukan tambahan berjumlah RM510 juta untuk TSSPK.

“Kami tidak mahu ketinggala­n dalam memantapka­n lagi tahap ekonomi kami melalui penanaman kelapa sawit ini. Justeru, dengan adanya peruntukka­n tambahan itu, kami harap permohonan kami dapat diluluskan oleh pihak MPOB,” kata Taylor Dom, salah seorang penduduk, kepada Bernama.

Mereka sebelum ini berasa terkilan kerana permohonan mereka tidak berjaya sedangkan ada permohonan kali kedua penduduk di kawasan itu diluluskan.

“Berilah keutamaan kepada kami yang masih belum mendapat bantuan itu supaya kami dapat menanam kelapa sawit,”katanya.

Ini selari dengan hasrat MPOB untuk menambah jumlah pekebun kecil kelapa sawit di bahagian Sarikei selain memastikan pengeluara­n sawit negara mampu memenuhi permintaan pasaran, katanya.

Menurut Taylor, meskipun harga buah tandan segar (BTS) kelapa sawit pada masa ini agak rendah tetapi beilau percaya ia akan meningkat pada masa akan datang.

“Kita tidak boleh melihat hanya pada harga semasa tetapi potensinya pada masa hadapan. Jangan bila harga melonjak naik baru hendak menanam...kita akan kerugian,”katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia