Utusan Borneo (Sabah)

Riadah keluarga sempena Aidilfitri

Aktiviti kekeluarga­an waktu cuti eratkan silaturahi­m

- Oleh ALFRED PETRUS

K

ETIKA segelintir masyarakat sekitar Kota Kinabalu masih bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri, ramai yang mengambil kesempatan ini meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Antara aktiviti kekeluarga­an yang biasa dilakukan adalah beriadah bersama keluarga di Taman Awam Teluk Likas seumpamany­a.

Bagi suru rumah Rohana Mansur, 29, aktiviti berpiknik adalah salah satu cara untuk mengeratka­n silaturahi­m.

Selain itu, ia juga memberi peluang kepada anak-anak mereka merehatkan minda daripada aktiviti pembelajar­an.

“Sudah pasti aktiviti seperti ini dapat mengeratka­n silaturahi­m antara ahli keluarga selain memberi peluang kepada ahli keluarga terutamany­a anak-anak kecil bermain di tepi pantai dan juga taman permainan.

“Ini juga aktiviti bagi mereka untuk merehatkan minda daripada aktiviti belajar setiap hari,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Menurutnya aktiviti seumpama itu sering kali dilakukan bersama keluarga jika ada masa terluang.

“Sepanjang cuti ini, beri mereka sedikit hiburan berbentuk kekeluarga­an.

“Aktiviti piknik ini biasa kami lakukan pada hujung minggu dengan membawa keluarga bersantai dan beriadah.

“Untuk cuti raya ini pula, kami sudah membuat perancanga­n di mana kami akan membawa keluarga menziarahi saudara serta rakan-rakan yang mengadakan rumah terbuka pada raya pertama dan kedua, seterusnya kita cuba pelbagaika­n aktiviti masa cuti ini,” jelasnya.

Sementara itu, Lorez David, 34, berkata aktiviti berpiknik adalah baik untuk memperkuku­hkan hubungan keluarga.

Beliau berkata keluargany­a jarang membuat aktiviti seumpama itu setiap tahun.

“Dalam setahun, mungkin dua atau tiga kali kami akan keluar bersama-sama meluangkan masa bersama keluarga.

“Ia seronok dan bagus untuk anakanak kita,” jelasnya.

Beliau dan keluarga yang tinggal di Kota Belud mengambil masa seharian untuk berjalan-jalan.

“Pagi tadi, kami bergerak dari Kota Belud dan membawa anak-anak berjalan sekitar Kota Kinabalu.

“Selepas itu, sebelum pulang ke kampung, kami singgah sebentar di Taman Awam Teluk Likas ini untuk bersantai sekejap,” katanya.

 ??  ?? LOREZ (belakang) merakamkan gambar kenangan bersama keluargany­a ketika berpiknik. ROHANA (tiga kiri) bersama keluargany­a di Taman Awam Teluk Likas.
LOREZ (belakang) merakamkan gambar kenangan bersama keluargany­a ketika berpiknik. ROHANA (tiga kiri) bersama keluargany­a di Taman Awam Teluk Likas.
 ??  ?? ANTARA gelagat kanak-kanak di taman Permainan Teluk Likas.
ANTARA gelagat kanak-kanak di taman Permainan Teluk Likas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia