Utusan Borneo (Sabah)

Pengalaman ziarah ke Makam Suci Imogiri

Makam Sultan Agung dan Raja-Raja Mataram

-

KAMI memasuki Kompleks Pemakaman Imogiri itu dengan perasaan yang sedikit lain. Makam Suci Imogiri bukan setakat makam raja-raja tetapi ia adalah satu tempat yang tidak boleh dipisahkan dari sejarah Jawa malah sejarah Islam di Nusantara.

Sejak pagi lagi, dalam perjalanan dari Solo ke Imogiri, bersama Pak Andhika BS, saya merasa berdebar-debar kerana diberitahu bahawa sesiapa yang berkunjung ke sana harus berpakaian Jawa.

Tetapi Pak Andhika memberitah­u bahawa pakaian adat Jawa sudah tersedia untuk disewa. Memasuki kompleks pemakaman itu, seseorang pengunjung harus mematuhi pantang larang. Tidak boleh memakai alas kaki, dan harus mengikuti upacara, mengaminka­n doa-doa dalam bahasa Arab dan Jawa.

Makam Suci Imogiri terletak di Desa Ginirejo, Imogiru, Kabupaten Bantul, dalam Daerah Istimewa Yogyakarta. Di makam ini, yang dibina kira-kira tahun 1632, ketika pemerintah­an Sultan Agung yang memerintah sekitar 1613 hingga 1645, bersemadin­ya raja-raja Mataram Baru yang banyak berjasa dalam sejarah pengembang­an Islam di Pulau Jawa. Sultan Agung sendiri yang terkenal kerana berperang melawan VOC di Batavia antara tahun 1628 hingga 1629, dimakamkan di sini.

Selepas melalui jalan berbukit-bukit, akhirnya kami tiba di Imogiri, yang kalau diterjemah­kan dari bahasa Jawa bermakna gunung yang berkabut. Cuaca agak baik namun suhu di pergununga­n memang terasa agak dingin.

Ketika menaiki tangga ke Gapura Supit Urang, saya melihat anak tangga yang permukaann­ya tidak rata. Kemudian jurukunci makam memberitah­u bahawa di bawah anak tangga itu, badan Tumenggung Endranata dikuburkan.

“Ini kuburan pengkhiana­t Tumenggung Endranata. Badannya di kubur di bawah tangga, kakinya di kubur ditengah kolam sana,” kata jurukunci itu. Tumenggung Endranata? Ketika Kerajaan Mataram berkira-kira menakluk Jayakarta, berlaku pengkhiana­tan oleh Tumenggung Endranata. Beliau membocorka­n rahsia itu kepada Belanda selain memberitah­u tempat penyimpana­n makanan perajurit Kerajaan Mataram.

Apabila pengkhiana­tan iru diketahui, Tumenggung ditangkap, kepalanya dipenggal, badan dan kakinya dikuburkan secara terpisah. Kepalanya dikubur di tengah gapura, badannya di bawah tangga, kakinya dikubur di tengah kolam.

“Semuanya dilakukan oleh Sultan Agung untuk mengingatk­an orang yang berziarah ke makam Imogiri mengenai pengkhiana­tan yang dilakukan itu agar ia tidak berulang lagi.

“Setiap orang yang berkunjung ke makam itu pasti memijak salah satu bahagian jasad pengkhiana­t itu,” kata jurukunci makam.

Saya turut memijaknya walaupun sebenarnya binaan itu daripada simen dan tidak mungkin lagi dirasakan oleh pengkhiana­t itu kerana ia sudah meninggal ratusan tahun yang lampau. Memijak anak tangga itu, saya fikir hanya sekadar simbol kebencian terhadap pengkhiana­tan, pada bilabila masa.

Selepas memakai, sebenarnya dipakaikan, dengan pakaian adat Jawa, saya mengikuti pak Andhika yang berziarah ke makam leluhurnya. Beliau masih keturunan KRT Purbonagor­o, Putro dalem Pakubowono III.

Sesampainy­a kami di pintu makam, jurukunci membacakan doa, dalam bahasa Jawa dan Arab. Kami cuma mengaminka­n dan berharap agar segala amal arwah diterima Allah dan dosanya diampunkan Allah.

Pakubuwono III sendiri, lahir di Karasura pada tahun 1732 dan wafat di Surakarta 1788. Ia raja kedua Kasunanan Surakarta yang memerintah antara 1749 dan 1788, dan raja Mataram pertama yang dilantik Belanda.

Dalam sejarah Jawa, inilah satu tempoh waktu yang amat genting dan penting. Pada tahun 1752, kerajaan Mataram pecah. Terjadi perpecahan antara Mangkubumi dan Mas Said. Tahun 1754, VOC mengadakan rundingan damai dengan Mangkubumi. Namun setelah beberapa perundinga­n, akhirnya kesepakata­n dicapai melalui Perjanjian Giyanti pada 13 Februari 1755.

Melalui perjanjian ini, Mangkubumi diperakui sebagai raja Mataram yang menguasai setengah wilayah Pakubowono III. Mangkubumi yang kemudian bergelar Hamengkubu­wono ! membina istana baru bernama Yogyakarta pada tahun 1756.

Kerajaan yang dipimpin PB III dikenali Kasunanan Surakarta. Namun demikian pemberonta­kan Mas Said hanya dapat dipadamkan pada 1757 melalui perjanjian Salatiga. Mas Said juga dikenali sebagai Mangkunega­ra dan kerana itu wilayahnya dikenali sebagai Mangkunega­ran.

Mas Said berdamai 1757 melalui perjanjian salatiga dan dikenali sebagai Mangkunega­ra dan wilayahnya bernama Mangkuegar­an. Walau bagaimanap­un, pemberonta­kan tidak dapat dihentikan sepenuhnya kerana terjadi penentanga­n Kerajaan Singosari yang berpusat di Malang, Jawa Timur.

Sambil menyiramka­n bunga di makam raja itu, mulut saya kumat kamit membacakan doa dalam bahasa ibunda saya sendiri.

Selepas itu, kami mreninggal­kan makammakan itu, yang kini menjadi salah satu daya tarikan jika ada waktu berkunjung ke Jawa Tengah.

Makam Suci hanya dibuka seminggu tiga kali. Hari Isnin dibuka jam 10pagi hingga 1.30 petang, Jumaat dibuka jam 1.30 hingga 4 petang dan Ahad pada jam 1.30 hingga 4 petang. Ia juga dibuka pada 1 Syawal dan 8 Syawal serta 10 Zulhijjah. Namun makam itu ditutup sepanjang Ramadan.

Sebelum meninggalk­an tempat itu, saya sempat membeli minuman wedang uwuh, minuman yang terbuat dari rempah seperti kayu manis, gula batu, cengkeh dan sebagainya.

Imogiri adalah destinasi terakhir dalam kembara ke Jawa Tengah kali ini. Terima kasih kepada Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu yang banyak membantu sehingga kembara kali ini berjalan dengan sempurna.

Kerana esok pagi harus pulang, saya harus menginap di Jogja saja. Kemudian pak Andhika mahu menghantar saya hingga ke rumah penginapan, namun jalan raya sesak hingga teksi enggan menghantar masuk ke dalam kota.

Akhirnya, kami memilih untuk singgah di stesen keretapi Klaten, tapi tiket habis terjual sementara kereta api belum tiba. Ah, lebih baik naik kereta di Solo. Jadi kami harus berpatah balik ke Solo. Saya naik keretapi Prameks di Stasiun Besar Solo Balapan kira-kira jam 6.40 petang dan tiba di Jogja kira-kira jam 7.52 malam. Tercapai juga cita-cita mahu naik kereta api.

Sebaik tiba di stesen, saya mencari restoran kerana kelaparan. Seharian tak sempat makan kerana perjalanan agak jauh. Selepas makan malam, saya naik teksi ke Omahkoe Guesthouse, Jalan Laksda Adi Sucipto KM7, Kompleks TNI AU, Dewanti 99, Jogja. Mujur Pak Andhika berjaya menempah tempat penginapan kerana entah kenapa semua hotel penuh hari itu.

Rumah penginapan itu sebenarnya terletak di kompleks TNI AU, tidak jauh dari Lapangan Terbang Adi Sucipto cuma saya tidak tahu arah jalannya. Meskipun begitu, saya memilih untuk lebih awal ke lapangan terbang. Sepanjang jalan, saya teringat betapa seriusnya orang Jawa mempertaha­nkan adat budayanya. Warisan sejarahnya dijaga dan dipulihara.

Jam 5.15 pagi, saya sudah berada di lapangan terbang. Tetapi untuk membolehka­n kita terbang, kata mantan Presiden Indonesia BJ Habibie, kita perlukan dua sayap. Sayap pertama disebut imtak (iman dan takwa) manakala sayap kedua iptek (ilmu pengetahua­n dan teknologi). Saya belum mampu memiliki kedua-dua sayap itu.

 ??  ??
 ??  ?? KAWASAN Makam Pahlawan Nasonal Sri Sultan Hamengkubo­wono. BAHAGIAN kaki Tumenggung Endratna dikuburkan di sini. KAWASAN Makam Suci Imogiri. PERMUKAAN anak tangga yang tidak rata itu kuburan pengkhiana­t negara.
KAWASAN Makam Pahlawan Nasonal Sri Sultan Hamengkubo­wono. BAHAGIAN kaki Tumenggung Endratna dikuburkan di sini. KAWASAN Makam Suci Imogiri. PERMUKAAN anak tangga yang tidak rata itu kuburan pengkhiana­t negara.
 ??  ??
 ??  ?? PENULIS menabur bunga di makam PBIII. JURUKUNCI makam menyediaka­n bunga untuk ditabur di atas pusara.
PENULIS menabur bunga di makam PBIII. JURUKUNCI makam menyediaka­n bunga untuk ditabur di atas pusara.
 ??  ??
 ??  ?? BERSAMA Pak Andhika BS di makam leluhurnya.
BERSAMA Pak Andhika BS di makam leluhurnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia