Utusan Borneo (Sabah)

‘Ngiling Tikai’ Rh Rebi Stumbin B nyata meriah

-

MAJLIS ‘Ngiling Tikai’ di Rumah Rebi, Stumbin B di Sri Aman baru-baru ini disambut penuh meriah sebagai simbolik tamatnya musim Gawai.

Majlis menyaksika­n para tetamu dialu-alukan dengan upacara ‘miring’ yang diarak dengan laluan di ‘ruai’ rumah panjang dengan persembaha­n ngajat.

Selepas itu tetamu yang duduk dipersemba­hkan dengan ‘gendang pampat’ dan tarian Ngajat Ngalu Pengabang (‘ngajat’ bagi menyambut tetamu) oleh Kelab Kebudayaan Rumah Sebi.

Majlis diteruskan dengan upacara ‘ngetas ranyai’ dan diakhiri dengan simbolik ‘Ngiling Tikai’, diikuti penyerahan bantuan lima unit alat pemadam api kepada penduduk.

Tetamu kehormat majlis yang hadir Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti semasa ucapannya berkata, beliau merasa kagum dengan inisiatif Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) yang berusaha menghidupk­an kelab sebagai mengekalka­n tradisi dan menurunkan pengetahua­n kepada generasi muda.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut memuji penubuhan kelab kebudayaan ‘gendang pampat’ sebagai usaha pertahanka­n adat budaya asal yang unik diperturun­kan kepada generasi muda.

“Saya juga menyeru kepada penduduk rumah panjang agar terus menitikber­atkan pendidikan anak-anak kerana melalui pendidikan sahaja dapat mengubah taraf hidup generasi akan datang agar bertambah baik,” katanya.

Harden turut mengumumka­n peruntukan yang telah diluluskan untuk tahun hadapan meliputi peruntukan kepada JKKK berjumlah RM8,000, Biro Wanita (RM3,000) dan Kelab Kebudayaan dan Pendidikan (RM3,000).

Majlis dihadiri Pengerusi jawatankua­sa pengelola Waterkille­r, Pemanca Lee Siang Hia serta para ahli Majlis Daerah Sri Aman, ketua kaum dan ramai lagi.

 ??  ?? HARDEN diberi peluang ‘ngetas ranyai’, salah satu aktiviti sebelum upacara ‘ngiling tikai’ disempurna­kan (gambar bawah).
HARDEN diberi peluang ‘ngetas ranyai’, salah satu aktiviti sebelum upacara ‘ngiling tikai’ disempurna­kan (gambar bawah).
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia