Utusan Borneo (Sabah)

Awas pemandu menggila ketika cuti raya

-

PEMANDU menggila ketika cuti raya? Awasilah.

Bayangkan situasi ini. Anda sedang memandu santai bersama keluarga pada kelajuan 90 km/jam di lorong paling kiri lebuh raya menuju ke arah Utara tanah air.

Secara tiba-tiba sebuah kereta import yang sedang memecut laju dari lorong kanan memperlaha­nkan kereta dan tergesages­a menukar lorong, memotong di hadapan anda.

Anda terpaksa memijak brek kecemasan sekali gus menyebabka­n bapa anda, warga emas berpenyaki­t jantung terkejut, begitu juga ibu anda turut tersentak dan segera merangkul cucunya yang berusia tiga tahun.

Bayangkan sekiranya anda leka tidak menumpukan perhatian kepada keadaan jalan dan kenderaan lain, tidak mustahil anda empat sekeluarga berakhir menjadi jenazah dalam keadaan ngeri.

Selepas kira-kira 200 meter memandu di bawah had laju, pemandu biadap itu kembali memecut dan memasuki lorong kanan.

Merujuk kepada peranti navigasi, ruparupany­a terdapat kamera perangkap laju AES di lokasi itu.

Apa perasaan anda? Kisah benar ini hanyalah satu daripada situasi trafik yang mudah sahaja mengundang peningkata­n statistik kemalangan maut.

Kesan Domino

Antara lain tabiat ‘kreatif’ pemandu Malaysia ialah kurang kesabaran dan kerap menukar lorong dalam trafik sesak, dengan anggapan lorong lain lebih laju berbanding lorong yang sedang digunakan.

Beberapa kenalan penulis termasuk seorang bapa empat anak yang hanya mahu dikenali sebagai En A, 45, turut berasa jengkel dengan tabiat itu.

“Barangkali mereka perlu dipaksa masuk kelas logik,” sungut beliau.

Jelas beliau, apabila anda menukar lorong secara tibatiba, anda memaksa pemandu di lorong itu memperlaha­nkan kenderaan bagi memberi ruang dan mengelak kemalangan.

“Ini akan menyebabka­n kesan ‘domino’ yang mana pemandu lain di belakangny­a juga perlu memijak brek sekali gus memperlaha­nkan trafik melibatkan banyak lagi kenderaan lain di belakangny­a,” ulas anak jati Selangor itu.

Seterusnya, tentu ramai lagi pemandu di belakang yang tidak berpuas hati melihat lorong sebelah pula yang menjadi lebih laju dan akan rasa terdesak untuk menukar lorong. Sekali lagi kesan ‘domino’ berlaku.

Memburukka­n lagi kesesakan trafik apabila golongan itu malas pula menyalakan lampu isyarat tetapi terus menukar lorong sekaligus menyebabka­n pemandu lain berang.

Memandu Di Australia

Doktor gigi, Dr Mariya Yahya, 33, yang berpusat di Australia Selatan berpendapa­t kesesakan trafik sebenarnya merupakan masalah sikap buruk pemandu.

“Pemandu dan penunggang Malaysia serta di kebanyakan negara Asia lain mempunyai kebiasaan enggan mengamalka­n sikap bertolak ansur serta pemarah, malah kaki buli jalan raya dapat ditemui mudah.

“Di Australia ada ramai juga kaki buli terutama golongan berdarah Asia tetapi mereka masih mampu mengawal diri di jalan raya,” kata beliau yang telah menetap di Adelaide sejak berusia 18 tahun. Kami berbual menerusi laman Facebook. Mariya adalah ‘senior’ saya di University of Adelaide, Australia.

Trafik di negara itu sentiasa lancar, malah kadar kemalangan rendah banyak dibantu oleh pengurusan sistematik termasuk jalan raya bermutu tinggi, penyelengg­araan berkala dan pemasangan kamera AES di pelbagai lokasi strategik.

Pemandu Australia dilatih untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, malah jika kita membuat kesalahan pemandu lain boleh melaporkan kita kepada pihak berkuasa.

Pihak berkuasa pula bertindak cekap dan pantas malah mengenakan kadar denda yang tinggi, tanpa tolak ansur dalam isu keselamata­n jalan raya.

Jika di Malaysia pemandu yang melanggar peraturan jalan raya boleh mendapatka­n diskaun sekiranya membayar saman secepat mungkin, namun istilah diskaun tidak wujud di Australia.

Mereka turut mengamalka­n sistem mata demerit yang menyebabka­n lesen pemandu digantung tanpa tolak ansur jika mata terkumpul mencapai jumlah tertentu.

Barangkali ini adalah faktor utama mengapa pemandu Australia sangat berdisplin menepati had laju meskipun bilangan kenderaan di jalan raya mereka tidaklah sebanyak di Malaysia.

Hikmah Aes

Sistem kamera AES yang mula digunakan di Malaysia diharap dapat menggalakk­an pemanduan berhemah, sekaligus mengurangk­an kadar kemalangan.

Malaysia juga diharap dapat segera mencontohi kualiti sistem pengangkut­an awam negara maju.

Dr Mariya turut berkongsi dengan penulis bahawa penduduk Australia dan negara maju lain lebih banyak bergantung kepada sistem pengangkut­an awam termasuk bas dan tren. Rangkaian pengangkut­an awam yang sistematik itu meliputi setiap cerok kawasan termasuk pendalaman itu.

Bagi penulis, sudah tentu ini membolehka­n penduduk merancang perjalanan dan mengurangk­an pembakaran bahan api dan menyumbang kepada alam semula jadi yang lebih bersih dan sihat.

Suasana jalan raya di Australia yang lebih selesa membuatkan ibu kepada dua anak lelaki itu berasa gerun untuk memandu di Malaysia ketika musim perayaan.

Mariya berkata pemandu Malaysia seakan menggila dan membuat peraturan trafik sendiri apabila perlu mengharung­i kesesakan serta setiap kali musim perayaan.

“Ini termasuk memandu laju, suka potong barisan, tidak memberi isyarat ketika memotong atau masuk simpang,” keluhnya kepada penulis.

Bagi penulis ini bukan perkara baru. Mengekori terlalu rapat, ‘pancung’ kenderaan lain di lampu isyarat, ‘makan jalan’ lorong bertentang­an dan menyalahgu­nakan lorong kecemasan pula adalah antara tabiat buruk sesetengah pemandu di negara kita.

Tabiat buruk yang boleh mengakibat­kan kemalangan ini pastinya akan terus menjadi isu seandainya tidak ada peningkata­n usaha untuk mendidik mereka supaya lebih berhemah dan bertimbang rasa di jalan raya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia