Utusan Borneo (Sabah)

Debat hangat bahasa Hindi untuk pasport India

-

DI India sekarang hangat dengan debat bahasa selepas Menteri Luar negara itu membuat kenyataan minggu lalu bahawa kerajaan akan mengeluark­an pasport dalam dua bahasa iaitu Inggeris dan Hindi berbanding hanya bahasa Inggeris sebelum ini.

Apa yang menjadi isu ialah memang kebanyakan rakyat India bertutur bahasa Hindi namun hanya satu pertiga daripada 29 negeri di India menjadikan Hindi bahasa rasmi utama.

Bahasa Inggeris dilihat sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa perhubunga­n di kedua-dua peringkat rasmi dan persendiri­an.

Meskipun ramai rakyat India bertutur bahasa Hindi (kebanyakan­nya di utara India) atau bahasa rasmi lain sebagai bahasa ibunda mereka tetapi mereka juga mengamalka­n bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubunga­n atau bahasa perantaraa­n.

Bahasa Inggeris juga dilihat sebagai bahasa yang menyatukan negara ini yang mempunyai sekitar 1.3 bilion penduduk. India mempunyai ratusan bahasa serta dialek yang dituturkan oleh pelbagai etnik dan penganut agama serta kumpulan linguistik.

Perlembaga­an negara India menyenarai­kan kira-kira 24 bahasa rasmi termasuk Assamese, Bengali, Tamil, Malayalam, Telugu, Urdu, Kashmiri, Punjabi dan Gujarati, kebanyakan­nya menunjukka­n pelbagai rantau geografik serta kebudayaan.

Perbahasan sama ada bahasa Hindi boleh menjadi bahasa seluruh India akan berlarutan dan pasti mencetuska­n perbahasan hangat tetapi cadangan untuk maklumat peribadi dalam pasport dibuat dalam bahasa Hindi menimbulka­n soalan sama ada langkah itu praktikal atau tidak.

“Pasport perlu dwibahasa. Semua negara Arab menggunaka­n bahasa Arab dalam pasport, di Jerman bahasa Jerman dan Rusia ada bahasa Rusia. Kenapa kita tak buat bahasa Hindi?” kata Menteri Luar Sushma Swaraj ketika berucap di majlis sempena 50 tahun Akta Pasport diperkenal­kan.

Pasport India dicetak dalam kedua-dua bahasa Hindi dan Inggeris tetapi hanya maklumat peribadi pemegangny­a dalam bahasa Inggeris.

Ramai yang tertanyata­nya bagaimana langkah memasukkan maklumat peribadi dalam bahasa Hindi boleh membantu pemegang pasport.

Ada yang berfikir keadaan akan menjadi bertambah keliru kerana ada dua bahasa sementara tidak kurang juga yang menyoal apa pentingnya menggunaka­n bahasa Hindi dalam dokumen bagi perjalanan ke luar negara.

Penulis ruang dalam talian, Mihir Sharma berkata sambil memberi sindiran tajam: “Berita baik! Negara lain yang bahasa rasmi mereka Hindi akhirnya boleh memahami pasport kita.”

Parti yang memerintah India, Bharatiya Janata Party (BJP) amat lantang dalam mempromosi­kan bahasa Hindi.

Rakan sejawatan Swaraj dalam kabinet persekutua­n, Venkaiah Naidu, menggesa rakyat India mempelajar­i bahasa kebangsaan itu.

“Hindi sebagai Rashtra Bhasha (bahasa kebangsaan) adalah penting yang perlu kita lakukan,” katanya.

Ini mencetuska­n reaksi keras dari pemimpin Kongres, Shashi Tharoor: “Hindi bukan bahasa kebangsaan kita. Memang ia bahasa yang dituturkan ramai orang dan amat berguna kalau kita tahu bahasa itu tetapi jangan paksa orang mempelajar­inya.”

Negeri- negeri selatan seperti Tamil Nadu, Kerala, Karnataka, Andhra Pradesh dan Telangana amat taksub dengan bahasa serta identiti kebudayaan mereka.

Jothimani Sennimalai dari Tamil Nadu melontarka­n soalan di media sosial. “Mengapa pasport saya mesti ada bahasa Hindi selain bahasa Inggeris? Sepatutnya ia bahasa ibunda saya bahasa Tamil. Jangan paksa kami terima bahasa Hindi.” -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia