Utusan Borneo (Sabah)

Antara ‘soalan cepumas’ PM Thai dan bazar Ramadan Bangkok

-

KETIKA rakyat Thailand menunggu kedatangan pilihan raya tahun depan yang dinanti-nantikan untuk kembali kepada demokrasi, satu siri tiga letupan bom yang tidak dapat dijelaskan berlaku sejak dua bulan lepas hingga menimbulka­n kekhuatira­n yang tidak menentu.

Dua letupan pertama berlaku berhampira­n National Lottery Building di Ratchadamn­oen Road pada 5 April dan di bangunan National Theatre di Sanam Luang pada 15 Mei, yang berpunca daripada bom paip menyebabka­n empat orang cedera.

Letupan ketiga berlaku pada 22 Mei iaitu hari ulang tahun ketiga berlakunya rampasan kuasa, apabila bom paip berkuasa tinggi yang disembunyi­kan di dalam pasu bunga meletup di Hospital Pramongkut­klao, yang dikendalik­an oleh pihak tentera, menyebabka­n 24 orang cedera, kebanyakan­nya pegawai tentera bersara. Kerajaan junta segera menolak sebarang cadangan bahawa letupan itu bersempena dengan ulang tahun pengambila­lihan tentera.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggun­gjawab melakukan letupan berkenaan tetapi Ketua Polis Negara Gen Chaktip Chaijinda berkata ketiga-tiga letupan itu dipercayai berkaitan dan bertujuan untuk mencetuska­n huru-hara awam.

Sebaliknya, siasatan yang sepatutnya mencari jawapan kepada punca letupan itu menimbulka­n lebih banyak soalan, di mana pihak media membuat spekulasi mengenai kemungkina­n terdapat penglibata­n individu atau kumpulan tertentu dari dalam negara dan tanpa negara serta motifnya.

Berikutan pengeboman hospital yang dikutuk umum itu, Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha yang tampil dalam ucapan mingguanny­a di televisyen mengajukan empat soalan ‘cepumas’ kepada rakyat, antara lain mengenai kerajaan, tadbir urus dan masa hadapan negara.

‘Soalan’ Perdana Menteri itu mecetuskan kekecohan dalam arena politik termasuk parti-parti politik utama, Pheu Thai dan Demokrat, malah masyarakat sivil.

Mereka menuduh Prayut cuba mengekalka­n kekuasaan tentera.

Pembangkan­g politik kerajaan juga menyuaraka­n rasa tidak puas hati terhadap sebarang petunjuk bahawa pihak tentera mempunyai rancangan mengekalka­n kuasa dengan menggunaka­n kejadian pengeboman dan ketidaksta­bilan sebagai alasan untuk menangguhk­an lagi pilihan raya umum.

Hakikatnya adalah tahap ketidakper­cayaan dalam kalangan parti-parti politik dan kerajaan adalah terlalu kuat.

Tatkala ‘soalan cepumas’ Perdana Menteri terus menjadi perbalahan, pihak berkuasa berhadapan pula dengan penemuan bom paip lain berhampira­n stesen Mass Rapid Transit (MRT) di Ratchadapi­sek Road yang sibuk, kira-kira seminggu selepas letupan di hospital.

Menurut penyiasata­n, bom yang tidak meletup itu mempunyai ciri-ciri sama seperti tiga bom paip yang lain.

Beberapa hari selepas penemuan bom paip keempat, beberapa pekerja sebuah syarikat kurier di daerah Bang Khen di Bangkok menjumpai empat bom tangan di dalam bungkusan setelah usaha menyerahka­n bungkusan berkenaan kepada penerimany­a gagal kerana alamat tidak lengkap.

Walaupun tiada siapa yang pasti mengenai motif di sebalik bom dan pengeboman, kejadian-kejadian itu telah mencetuska­n keraguan terhadap janji junta untuk menyerahka­n kuasa kepada kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

BAZAR RAMADAN

Setiap kali ketibaan Ramadan, suasana di Soi 7 Jalan Petchaburi yang terletak di tengah-tengah bandar raya Bangkok, bertukar menjadi meriah seperti pesta apabila orang ramai mengambil kesempatan mengunjung­i Bazar Ramadan di sini.

Bermula hari pertama berpuasa hingga 30 Ramadan, lorong atau ‘soi’ dalam bahasa Thailand menjadi tumpuan ramai masyarakat Islam Thai yang tinggal di kawasan sekitar bandar raya ini untuk mencari juadah berbuka puasa.

Peniaga murtabak, Mohamad Toha yang telah berniaga di situ sejak beberapa tahun lepas berkata, sepanjang bulan Ramadan beliau menjual sekitar 200 keping murtabak seawal 2 petang sehinggala­h tiba waktu berbuka.

“Saya menjual tiga jenis murtabak iaitu murtabak ayam, daging serta pisang dengan harga 35 Baht (RM4.50) sekeping.

“Murtabak pisang amat popular di sini dan sentiasa menjadi pilihan pelanggan,” menurutnya yang mempunyai seorang kakak di Butterwort­h.

Murtabak di kota Bangkok dimakan bersama susu pekat manis atau acar air gula bersama hirisan timun, bawang serta cili merah, bukannya dengan kuah kari atau dal sebagaiman­a kebiasaann­ya di Malaysia.

Murtabak atau disebut ‘Mataba’ oleh penduduk tempatan merupakan juadah yang amat popular kalangan pengunjung bazar itu dengan banyak gerai menjual juadah yang sama.

Selain murtabak, peniaga di Bazar Ramadan itu turut menjual pelbagai juadah tradisi masyarakat Thai seperti ‘khao krieb pak mor kai’ yang merupakan bebola ayam dibungkus dengan helaian halus diperbuat daripada tepung jagung dan dimakan bersama hirisan kelapa goreng serta cili padi.

Antara makanan tradisi popular yang lain ialah ‘kai song krueng’ atau bebola ayam dicampur bersama nasi, manisan ‘fakthong chuem’ atau puding labu dengan air gula melaka dan ‘sai krog khao’, sosej gergasi yang bahannya terdiri daripada daging panggang serta nasi.

Kesemua makanan yang membuka selera itu dijual pada harga yang amat berpatutan antara 30 Baht (RM3.90) hingga 50 Baht (RM6.50).

Selain Bazar Ramadan Soi 7 di Jalan Petchaburi, jalan yang sentiasa sibuk itu sememangny­a terkenal berikutan kehadiran banyak restoran dan gerai-gerai makanan halal yang sentiasa menjadi tumpuan masyarakat Islam tempatan serta luar sepanjang tahun.

Bazar-bazar Ramadan juga boleh didapati di kawasan lain yang dihuni ramai penduduk Islam di kota Bangkok seperti di Ramkhamhae­ng, Min Buri dan Nong Chok. — Bernama

 ??  ?? ANTARA gerai yang menjual pelbagai juadah menyelerak­an di Bazar Ramadan di Soi 7, Jalan Petchaburi di tengah Bangkok. — Gambar Bernama
ANTARA gerai yang menjual pelbagai juadah menyelerak­an di Bazar Ramadan di Soi 7, Jalan Petchaburi di tengah Bangkok. — Gambar Bernama
 ??  ?? TENTERA Thailand mengerahka­n kira-kira 30 anggota tentera ‘Beret Merah’ untuk mengawal Rumah Kerajaan dalam usaha untuk memperting­kat keselamata­n di bangunan kerajaan, dua hari selepas sebutir bom meletup di sebuah hospital yang dikendalik­an oleh pihak...
TENTERA Thailand mengerahka­n kira-kira 30 anggota tentera ‘Beret Merah’ untuk mengawal Rumah Kerajaan dalam usaha untuk memperting­kat keselamata­n di bangunan kerajaan, dua hari selepas sebutir bom meletup di sebuah hospital yang dikendalik­an oleh pihak...
 ??  ?? ANGGOTA pemusnah bom polis Thailand memeriksa lokasi kejadian bom yang mengakibat­kan 24 orang cedera di Hospital Pramongkut­klao baru-baru ini. — Gambar Bernama
ANGGOTA pemusnah bom polis Thailand memeriksa lokasi kejadian bom yang mengakibat­kan 24 orang cedera di Hospital Pramongkut­klao baru-baru ini. — Gambar Bernama
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA unit pemusnah bom polis Thailand membawa keluar bom paip yang ditemui di kawasan semak di daerah Huai Kwang, dekat Bangkok. — Gambar Bernama
ANGGOTA unit pemusnah bom polis Thailand membawa keluar bom paip yang ditemui di kawasan semak di daerah Huai Kwang, dekat Bangkok. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia