Utusan Borneo (Sabah)

Tinapa akhirnya jadi gajah putih Nigeria

-

DENGAN studio filem futuristik, kedai mewah dan landasan kereta api ringan bertingkat, Tinapa sepatutnya menjadi pentas pertunjuka­n kedinamika­n rakyat Nigeria, hab komersial bagi Afrika Barat yang akan mengaut jutaan dolar.

Namun 10 tahun selepas ia dibuka, pusat peranginan di tenggara Nigeria itu sudah menjadi bandar hantu dan simbol projek mega yang membazir.

Kontur mega dan kubah moden menonjol megah di sebalik semak-samun dan pokok palma.

Di pintu masuk, satu papan tanda gergasi mendakwa ‘Tinapa telah bangkit semula!’

Namun sekumpulan kecil pelawat yang menerokai persekitar­annya dengan pantas hilang arah.

Selain beberapa pekerja yang hanya goyang kaki, tiada seorang pun kelihatan di lorong tidak berpenghuj­ung kedai dan gudang yang seharusnya menjadikan ibu negeri Cross River, Calabar, terkenal di seluruh selatan Nigeria.

“Tempat ini lengang, tiada pelanggan, macam kubur,” kata seorang pembantu kedai di Da Viva yang menjual skirt jenama popular itu ketika ditemui koresponde­n Celia Lebur.

“Ramai sudah meninggalk­an tempat ini,” tambah beliau, merujuk kepada premis-premis yang ditutup.

Sebuah pasar raya besar masih mempamerka­n pakaian, perabot dan barang perhiasan kecil buatan luar negara namun dalam keadaan gelap-gelita kerana bekalan elektrik telah diputuskan baru-baru ini.

Di dalam, seorang lelaki tua tidur dalam haba yang menyengat.

Tinapa, dengan gudang dan kedai seluas 80,000 meter persegi, menelan belanja AS$450 juta untuk dibina namun kini ia telah menjadi lohong hitam kerugian bagi para pelaburnya.

Pada perubahan abad, Nigeria dalam kemaraan menjadi ekonomi terbesar dan pengeluar minyak utama Afrika.

Baharu kembali kepada pemerintah­an awam, semuanya kelihatan mungkin.

Sejumlah ahli perniagaan dan arkitek bergabung dan membayangk­an sebuah pusat antarabang­sa perdaganga­n dan pelanconga­n di zon dagangan bebas itu.

Bank-bank terbesar di Nigeria berebut hendak membiayai projek tersebut yang dirasmikan pada 2007.

“Pada ketika itu, semua amat teruja.

“Tinapa akan merangsang pembanguna­n ekonomi seluruh wilayah dan menghasilk­an ribuan peluang pekerjaan,” menurut Bassey Ndem yang bertanggun­gjawab ke atas projek tersebut.

Ia bertujuan menarik golongan jutawan Nigeria, yang lazimnya terbang ke Dubai atau London untuk membeli-belah, selain menjadikan Cross River hab komersial di pantai Atlantik.

Sebuah hotel mewah 242 bilik dengan pemandanga­n menghadap lagun dan sebuah taman air dengan gelongsor dibina bagi menarik perhatian kelas atasan dan keluarga mereka.

Di samping pelanconga­n mewah, barangan import akan membolehka­n Nigeria dan negara-negara jirannya seperti Cameroon, Chad dan Niger bersaing dengan ibu negara komersial Lagos.

SEGALANYA PUNAH ANGKARA RASUAH

“Pada mulanya semua berjalan dengan lancar,” menurut Ndem.

“Pada kemuncakny­a, kami meraih pendapatan sebanyak AS$30 juta pada 2009.

“Namun kami berdepan tentangan keras kastam yang tidak mahu zon bebas cukai itu untuk berfungsi,” katanya lanjut.

Barang sepatutnya dikecualik­an daripada duti import di zon bebas cukai itu namun awal-awal lagi pihak kastam yang mempunyai reputasi rasuah tegar, menyekat kontena yang sepatutnya dihantar ke Tinapa di pelabuhan, sekali gus melumpuhka­n perniagaan.

Ndem meninggalk­an projek itu pada 2012 dan selepas itu tiada seorang pun penggantin­ya mampu menganjak semula Tinapa.

“Jelas sekali tiada keinginan politik untuk menjayakan projek itu,” kata beliau yang mengakui marah dan kecewa melihat peluang dipersia-siakan begitu sahaja.

Bagi ahli ekonomi dan penulis blog Nonso Obikili, kejatuhan Tinapa kebanyakan­nya kerana kekurangan infrastruk­tur sedia ada untuk mengangkut barang - jalan raya yang teruk dan sebuah pelabuhan bersaiz sederhana.

“Ia merupakan satu projek besar melibatkan pelabuhan laut dalam, yang sepatutnya membolehka­n kapal-kapal besar sampai ke Calabar.

“Ia adalah tanggungja­wab kerajaan persekutua­n namun akhirnya tiada apa-apa dilakukan,” kata Obikili.

Akhirnya tiada barisan nama-nama besar jauhari atau gedung pakaian yang ingin mahu melabur di syurgawi yang dijanjikan pihak promosinya manakala hotelnya terus lengang.-AFP

 ??  ?? HAB komersial Tinapa di Calabar, Cross River yang bernilai AS$450 juta tidak lagi dikunjungi malah menjadi simbol kegagalan Nigeria. — Gambar Bernama
HAB komersial Tinapa di Calabar, Cross River yang bernilai AS$450 juta tidak lagi dikunjungi malah menjadi simbol kegagalan Nigeria. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia