Utusan Borneo (Sabah)

Semarak semangat perpaduan kaum

Melalui amalan rumah terbuka dan budaya kunjung-mengunjung­i sempena Hari Raya

- Oleh SALMAN ABADI

“Amalan

rumah terbuka dan budaya kunjung-mengunjung­i dalam kalangan masyarakat akan terus disuburkan demi mengukuhka­n nilai perpaduan, selain menghargai kepelbagai­an yang mewarnai kehidupan masyarakat majmuk di negara ini, khasnya di negeri Sabah selaras dengan konsep 1Malaysia. ARTHUR SEN Ketua Pemuda Upko Nasional

RANAU: Masyarakat pelbagai kaum akan dapat menyemarak­kan semangat perpaduan, keharmonia­n serta hormat menghormat­i dengan mengamalka­n budaya kunjung mengunjung­i khasnya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Amalan berkunjung atau memenuhi jemputan meraikan sambutan Aifilfitri sambil bersalaman dan bermaaf-maafan merupakan budaya masyarakat yang diamalkan bukan sahaja menyerikan sambutan, tetapi juga mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m dan mengukuhka­n perpaduan.

Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen berkata perpaduan antara kaum merupakan perkara penting bagi menjamin kesejahter­aan masa depan negara, walau berbeza anutan agama, bangsa dan kebudayaan.

Ungkapan itu juga seringkali disuara dan dinyatakan dengan jelas oleh Ketua Pemuda Upko Nasional itu dalam setiap Siri Jelajah Santai Mogkorumah ataupun dalam program lain yang beliau hadiri di pelosok kampung sebelum ini, khasnya di daerah Ranau.

Justeru, sementara Syawal pertama tahun ini, beliau turut memeriahka­n sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan memenuhi 12 jemputan rumah terbuka raya, 15 rumah pada Hari Raya kedua dan lapan rumah terbuka telah dkunjungi pada Aidilfitri ketiga.

Memenuhi jemputan rumah terbuka itu, beliau bersama Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin serta rombongan memulakan kunjungan dari jam 12 tengahari hingga ke malam.

Dalam pada itu, Arthur memohon maaf kepada mereka yang tidak sempat dikunjungi kerana hambatan masa yang tidak mengizinka­n.

Namun beliau mengambil kesempatan mengucapka­n Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin, dan salam muhibah serta berterima kasih di atas layanan mesra tuan rumah di samping jamuan makanan minuman yang memenuhi selera pada setiap rumah yang dikunjungi.

Beliau berharap amalan rumah terbuka dan budaya kunjung-mengunjung­i dalam kalangan masyarakat akan terus disuburkan demi mengukuhka­n nilai perpaduan,selainmeng­hargai kepelbagai­an yang mewarnai kehidupan masyarakat majmuk di negara ini, khasnya di negeri Sabah selaras dengan konsep 1Malaysia.

Arthur turut menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Sabah di Kota Kinabalu bersamasam­a Ketua Pemuda Umno Sabah yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional Sabah Haji Yamani Hafez Musa.

Antara rumah terbuka Aidilfitri yang turut dikunjungi oleh beliau bersama rombongan ialah Ketua Wanita Upko Ranau Puan Sri Anisah Ibrahim, ACP Jauteh Dikun di Kampung Singgaron Baru, Taidin Suhaimin di Kundasang, rumah terbuka di Kampung Lagkau, Ranau dan banyak lagi.

 ??  ?? RUMAH Terbuka Aidilfitri mengeratka­n silaturahi­m dan perpaduan pelbagai kaum. Sebahagian penduduk bergambar kenangan bersama Arthur (kiri).
RUMAH Terbuka Aidilfitri mengeratka­n silaturahi­m dan perpaduan pelbagai kaum. Sebahagian penduduk bergambar kenangan bersama Arthur (kiri).
 ??  ?? ARTHUR (kanan) bersama Hafez sempena Majlis Ruumah Terbuka Ketua Menteri Sabah pada Hari Raya kedua di Kota Kinabalu.
ARTHUR (kanan) bersama Hafez sempena Majlis Ruumah Terbuka Ketua Menteri Sabah pada Hari Raya kedua di Kota Kinabalu.
 ??  ?? (gambar atas) ARTHUR (dua kiri) bersama Ewon (tengah) ketika menghadiri rumah terbuka Jauteh di Kg Singgaron Baru.
(gambar atas) ARTHUR (dua kiri) bersama Ewon (tengah) ketika menghadiri rumah terbuka Jauteh di Kg Singgaron Baru.
 ??  ?? EWON (tiga kiri) dan Arthur memenuhi jemputan rumah terbuka Hari Raya Kg Lagkau, Ranau pada Syawal ketiga.
EWON (tiga kiri) dan Arthur memenuhi jemputan rumah terbuka Hari Raya Kg Lagkau, Ranau pada Syawal ketiga.
 ??  ?? EWON (tengah) bersama Arthur (kanan) menghadiri rumah terbuka di Kundasang.
EWON (tengah) bersama Arthur (kanan) menghadiri rumah terbuka di Kundasang.
 ??  ?? EWON (kanan) sentiasa memenuhi jemputan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri.
EWON (kanan) sentiasa memenuhi jemputan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri.
 ??  ?? EWON (tiga kiri) dan Arthur (tiga kanan) ketika mengunjung­i rumah terbuka.
EWON (tiga kiri) dan Arthur (tiga kanan) ketika mengunjung­i rumah terbuka.
 ??  ?? ARTHUR (kiri) menghadiri majlis rumah terbuka Anisah (dua kiri).
ARTHUR (kiri) menghadiri majlis rumah terbuka Anisah (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia