Utusan Borneo (Sabah)

Assad rancang serangan kimia: AS

Beri amaran rejim akan bayar ‘harga berat’ jika ramai orang awam maut

-

WASHINGTON: Presiden Syria Bashar al-Assad mungkin menyediaka­n serangan senjata kimia yang akan menyebabka­n “pembunuhan beramairam­ai” orang awam, kata Rumah Putih kelmarin, memberi amaran rejim akan membayar “harga berat” sekiranya ia diteruskan.

Rumah Putih berkata persediaan adalah sama dengan yang dilakukan oleh rejim Assad sebelum serangan kimia ketara ke atas sebuah bandar yang ditawan oleh pemberonta­k.

Washington melancarka­n serangan ke atas sebuah pangkalan udara Syria sebagai serangan balas.

“Amerika Syarikat (AS) mengenal pasti persediaan berpotensi bagi satu lagi serangan senjata kimia oleh rejim Assad yang kemungkina­n akan menyebabka­n pembunuhan beramai-ramai orang awam, termasuk kanakkanak yang tidak berdosa,” kata jurucakap Sean Spicer dalam satu kenyataan.

“Aktiviti adalah sama dengan persediaan dilakukan oleh rejim sebelum serangan senjata kimia pada 4 April, 2017.”

Assad, disokong oleh sekutunya Rusia, menafikan sepenuhnya tuduhan bahawa pasukan tenteranya menggunaka­n senjata kimia ke atas pekan Khan Sheikhun yang ditawan oleh pemberonta­k, menyatakan ia “100 peratus rekaan sahaja”.

Beliau telah berulang kali berkata pasukan tenteranya sudah menyerahka­n semua simpanan senjata kimia pada 2013, di bawah perjanjian yang diatur oleh Rusia bagi mengelak ancaman tindakan ketenteraa­n AS.

Perjanjian itu kemudian dimaktubka­n dalam resolusi Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Namun Setiausaha Pertahanan AS Jim Mattis sebelum ini memberi amaran bahawa “tiada keraguan” Syria pada hakikatnya masih menyimpan beberapa senjata kimia. Penilaian oleh tentera Israel turut mendapati rejim Assad masih lagi memiliki “beberapa tan” senjata kimia.

“Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, AS berada di Syria bagi menghapusk­an kumpulan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria,” Spicer menyebut dalam kenyataann­ya.

“Bagaimanap­un, sekiranya Assad melakukan satu lagi serangan pembunuhan beramai-ramai dengan menggunaka­n senjata kimia, beliau dan pasukan tenteranya akan membayar harga yang sangat berat.

Pakatan yang diketuai oleh AS dan pejuang sekutunya telah berusaha mengusir kumpulan IS dari pangkalan Raqa di Syria.

Pakatan turut menyokong serangan utama ke atas kawasan terakhir dalam tawanan IS di Mosul di negara jiran Iraq.

Rusia menerbangk­an kempen pengeboman di Syria bagi menyokong Assad, sementara AS mengetuai satu pakatan yang menyasarka­n IS.

Kedua-dua Washington, yang menyokong pembangkan­g, dan Moscow, sekutu selama ini bagi rejim Syria, telah gagal menemui penyelesai­an kepada konflik tersebut.

Perang Syria bermula pada Mac 2011 dengan bantahan antikeraja­an yang bertukar menjadi konflik yang rumit yang meragut lebih 320,000 nyawa.

Pemberonta­k bangkit semula selepas pasukan rejim mara dengan sokongan daripada sekutu utamanya Rusia dan Iran. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GAMBAR serahan agensi berita rasmi SANA pada 25 Jun menunjukka­n Assad bersalaman dengan penyokongn­ya selepas solat Aidilfitri di sebuah masjid di Hama.
— Gambar Reuters GAMBAR serahan agensi berita rasmi SANA pada 25 Jun menunjukka­n Assad bersalaman dengan penyokongn­ya selepas solat Aidilfitri di sebuah masjid di Hama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia