Utusan Borneo (Sabah)

Penyelam sertai operasi cari mangsa bot karam

-

GUATAPE: Penyelam memeriksa takungan air Colombia yang dalam dan berlumpur kelmarin bagi mencari mayat 12 penumpang yang hilang dari sebuah bot persiaran yang karam, mengorbank­an tujuh nyawa.

Ketika ahli keluarga yang kelihatan tertanya-tanya menunggu berita, pihak berkuasa masih belum lagi menjelaska­n apakah punca bot empat dek Almirante itu tenggelam.

Ia karam pada tengah hari Ahad di takungan air El Penol di bandar pelanconga­n Guatape, di mana penduduk Colombia dan pelancong asing menaiki bot persiaran.

Penyelam telah memeriksa “di dalam bot bagi menentukan sama ada terdapat orang yang terperangk­ap di dalamnya,” laksamana yang bertanggun­gjawab bagi operasi itu, Juan Francisco Herrera memberitah­u Blu Radio.

Angka kematian mencecah sehingga tujuh orang dengan 13 lagi tidak diketahui khabar beritanya serta 154 orang disahkan terselamat, menurut Unit Pengurusan Risiko Bencana Negara.

Penyelam setakat ini telah memeriksa sehingga sedalam 40 meter dalam air di “bahagian paling dalam di takungan air itu,” di mana alga menghambat usaha mereka, menurut pegawai kecemasan kerajaan wilayah Margarita Moncada.

Kebanyakan penumpang Almirante telah diselamatk­an oleh bot lain atau berjaya menyelamat­kan diri sendiri, menurut pihak berkuasa.

“Saya datang dan menyelamat­kan mereka. Mereka telah berkumpul seperti semut, datang dan saling tolak-menolak antara satu sama lain,” kata Yovan Betancur, 28, yang telah menyelamat­kan 12 orang dengan menggunaka­n botnya.

“Ramai lagi orang yang menjerit-jerit memanggil saya agar tidak meninggalk­an mereka.”

Ramai mangsa terselamat yang kelihatan letih dan berdarah serta kebanyakan mereka tidak memakai jaket keselamata­n,” katanya.

Menteri Pengangkut­an Colombia Alejandro Maya memberitah­u AFP syarikat yang menguruska­n bot itu mempunyai lesen sah untuk beroperasi namun terdapat banyak aduan selepas kemalangan mengenai kekurangan jaket keselamata­n.

“Melalui siasatan oleh pihak berkuasa pelabuhan dan pengangkut­an, kami sedang berusaha untuk menentukan apakah kegunaan jaket keselamata­n oleh kru dan penumpang,” katanya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PENYELAM menyertai operasi mencari mayat selepas sebuah bot persiaran karam di takungan air El Penol di barat laut Colombia kelmarin.
— Gambar AFP PENYELAM menyertai operasi mencari mayat selepas sebuah bot persiaran karam di takungan air El Penol di barat laut Colombia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia