Utusan Borneo (Sabah)

Jururawat kejam kena penjara seumur hidup

-

OTTAWA: Seorang bekas jururawat yang mengaku membunuh lapan warga emas yang berada di bawah jagaannya di rumah penjagaan orang tua di timur Kanada kelmarin dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Elizabeth Wettlaufer berdepan kemungkina­n hukuman penjara selama 200 tahun, namun hakim di wilayah Ontario di Kanada memilih lapan hukuman serentak tanpa parol untuk sekurang-kurangnya 25 tahun.

Tertuduh yang berbadan gempal, bercermin mata dan berusia 50 tahun telah tampil ke depan dan mengaku menyuntik insulin hingga menyebabka­n kematian mangsanya di dua rumah penjagaan Ontario di mana dia bekerja, selalunya bertugas syif malam, di antara 2007 dan 2014.

Dia juga mengaku empat cubaan membunuh lain dan dua serangan, termasuk di fasiliti ketiga.

Mahkamah di bandar Woodstock, selatan Toronto, mendengar bahawa Wettlaufer mengalami kemarahan yang melampau akibat pe-kerjaan dan kehidupann­ya.

“Dia adalah jauh daripada malaikat yang baik hati,” kata hakim Mahkamah Agung Bruce Thomas. “Sebaliknya, dia adalah bayang-bayang kematian yang melangkahi mangsanya.”

Ketika perbicaraa­n hukumannya, Wettlaufer memohon maaf bagi tindakanny­a.

Namun di luar mahkamah, rakan dan keluarga mangsa menyuaraka­n kemarahan dan kesedihan, menyatakan mereka berasa dikhianati oleh seorang wanita yang diamanahka­n untuk menjaga ibu bapa atau datuk nenek mereka.

“Kami tidak akan dapat melupakan hakikat bahawa kepercayaa­n kami telah dimusnahka­n oleh wanita ini,” seorang memberitah­u wartawan.

“Dalam berapa banyak rumah penjagaan sesuatu seperti ini pernah berlaku?” soal beliau.

“Bagaimana kita tahu orang tersayang kita selamat.”

Hakim dan pendakwa raya menjelaska­n bahawa jenayah Wettlaufer mungkin tidak akan pernah didedahkan sekiranya dia tidak tampil mengaku.

Kesnya telah membawa kepada beberapa permintaan bagi pengawasan yang lebih ketat terhadap pusat penjagaan orang tua di Kanada dan mengawasi ubat-ubatan yang diberikan oleh pekerja kesihatan.

Mangsa adalah lelaki dan wanita berusia 75 hingga 96 tahun.

Menceritak­an tentang salah satu pembunuhan kepada polis, Wettlaufer berkata dia keluar semasa waktu rehat kerja untuk membeli makanan kegemaran mangsa – pai beri biru dan aiskrim.

“Beliau memakan tiga atau empat gigitan,” kata Wettlaufer dalam video soal siasat yang dimainkan di mahkamah. “Dan kemudian pada waktu malam saya memberikan dos yang berlebihan kepadanya.”

Arpad Horvath, seorang pendatang yang mengelak kematian di Hungary Komunis, merupakan mangsa termuda dan terakhir Wettlaufer. Beliau tidak sempat hidup untuk melihat hari jadinya yang ke-78.

Anak lelakinya, Arpad Jr., berkata beliau tidak akan pernah memaafkan Wett-laufer. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia