Utusan Borneo (Sabah)

Wartawan diculik ditemui rentung

Yang keenam dibunuh di Mexico tahun ini, seorang suspek ditangkap

-

KOTA MEXICO: Polis di Mexico menemui mayat rentung seorang wartawan yang diculik pada Mei lepas, wartawan keenam yang dibunuh pada tahun ini di negara ini, kata pendakwa raya negeri.

Dengan penemuan mengerikan itu, Salvador Adame, ketua sebuah stesen TV tempatan di wilayah Michoacan, menjadi nama terbaharu dalam senarai lebih 100 wartawan yang dibunuh di Mexico sejak 2000.

Lebih 90 peratus daripada pembunuhan ini masih belum dihukum.

Adame, 44, dikepung oleh lelaki bersenjata dan diculik di pekan barat Nueva Italia pada 18 Mei.

Pihak polis dan tentera menemui mayat rentung beliau empat minggu kemudian, dihumban di sebuah kawasan dikenali sebagai “Devil’s Gully” di sepanjang sebatang jalan raya tempatan, menurut pendakwa raya negeri Jose Martin Godoy.

“Sampel DNA mengesahka­n bahawa mayat ini adalah milik Salvador Adame,” kata Godoy pada satu sidang media.

Adame merupakan pemilik sebuah rangkaian televisyen tempatan Canal 6 di Michoacan, sebuah wilayah yang teruk dilanda oleh epidemik keganasan kumpulan samseng di Mexico.

Penculikan Adame berlaku dua hari selepas Presiden Mexico Enrique Pena Nieto berjanji akan memper-kukuhkan perlindung­an bagi wartawan dan mendakwa mereka yang menyerang mereka.

Pengumuman itu adalah sebagai respons kepada pembunuhan wartawan jenayah yang memenangi anugerah Javier Valdez di wilayah barat laut Sinaloa pada 15 Mei.

Kesemua enam wartawan yang dibunuh pada tahun ini telah melaporkan tentang kumpulan penjenayah yang berkuasa dan kegiatan rasuah kerajaan.

Adame telah menyiasat sebuah stesen minyak yang beliau syaki sebagai pusat utama bagi jenayah terancang, dalam pertembung­an dengan pihak berkuasa, menurut seorang rakan sekerja dengan syarat namanya dirahsiaka­n.

Namun penyiasat tidak memetik tindakan kewartawan­an beliau sebagai kemungkina­n motif untuk pembunuhan­nya – mendapat kritikan daripada kumpulan hak asasi media.

Pendakwa raya negeri pada mulanya mengemukak­an teori bahawa beliau telah berhutang atau terlibat dalam hubungan cinta tiga segi.

Godoy berkata penyiasat telah dimaklumka­n mengenai lokasi mayatnya oleh seorang suspek yang ditangkap barubaru ini.

Suspek dikatakan sebagai memberitah­u bahawa Adame telah dibunuh di atas arahan oleh seorang ketua jenayah wilayah dikenali sebagai “El Chano Pena.”

Penyiasat memberi tumpuan kepada kemungnkin­an motif adalah masalah bersifat peribadi di antara mangsa dan El Chano Pena,” kata Godoy.

Kumpulan pemerhati Reporters Without Borders (Pemberita Tanpa Sempadan) telah mengecam apa yang dikatakan sebagai kegagalan untuk menyiasat laporan Adame sebagai satu motif.

“Kami menjangka hanya satu perkara sahaja sekarang: bahawa mereka telah membiarkan semua bentuk arah siasatan begitu sahaja, terutama aktiviti kewartawan­an Salvador Adame,” wakil kumpulan itu di Mexico, Balbina Flores, memberitah­u AFP.

Menurut Reporters Without Borders, Mexico merupakan negara ketiga berbahaya bagi wartawan di dunia, selepas zon peperangan di Syria dan Afghanista­n.

Pada tahun lepas, 11 wartawan terbunuh di Mexico – angka tahunan terburuk setakat ini.

Namun 2017 mungkin akan mengatasin­ya, dengan enam pembunuhan setakat ini di beberapa wilayah berlainan di negara ini: Cecilio Pineda, Ricardo Monlui, Miroslava Breach, Maximino Rodriguez, Valdez dan sekarang Adame.

Penyiasat melaporkan sedikit perkembang­an dalam kebanyakan kes.

Pihak berkuasa telah menahan empat suspek dalam kes Rodriguez, seorang wartawan bagi blog Colectivo Pericu yang dibunuh di Veracruz. Namun mereka masih belum mengenal pasti siapa yang mengarahka­n pembunuhan itu.

Dua minggu lepas, kerajaan menawarkan wang ganjaran sebanyak $85,000 bagi setiap petunjuk dalam kes Pineda, Valdez, Rodriguez dan Breach – dalam apa yang dikatakan oleh segelintir pihak sebagai tindakan terdesak.

Wartawan dan aktivis telah membantah kegagalan pihak berkuasa untuk membawa pembunuh wartawan tersebut ke muka pengadilan. Bantahan yang paling terbaharu adalah pada 15 Jun, sebulan selepas Valdez ditembak mati pada waktu siang.

Keganasan terhadap wartawan telah meningkat sejak 2006, tahun ketika kerajaan Mexico mengarahka­n pihak tentera untuk menentang kartel narkotik yang berkuasa di negara ini.

Sejak itu, sekurang-kurangnya 100 wartawan telah dibunuh, lebih 20 orang hilang dan lebih 200 lagi dilaporkan terselamat dalam serangan oleh penyangak kumpulan dadah.

Keganasan merupakan sebahagian daripada gelombang pertumpaha­n darah di Mexico sepanjang tempoh yang sama yang telah menyebabka­n lebih 200,000 orang terbunuh atau hilang. — AFP

Adame, 44, dikepung oleh lelaki bersenjata dan diculik di pekan barat Nueva Italia pada 18 Mei. Pihak polis dan tentera menemui mayat rentung beliau empat minggu kemudian, dihumban di sebuah kawasan dikenali sebagai “Devil’s Gully” di sepanjang sebatang jalan raya tempatan, menurut pendakwa raya negeri Jose Martin Godoy. JOSE MARTIN GODOY Pendakwa Raya Negeri

 ?? — Gambar AFP ?? BERITA TERGEMPAR: Gambar serahan pejabat Peguam Besar Negeri Michoacan menunjukka­n Godoy (tengah) mengumumka­n kematian Adame ekoran penculikan­nya bulan lalu ketika sidang media di Morelia, wilayah Michoacan, Mexico kelmarin.
— Gambar AFP BERITA TERGEMPAR: Gambar serahan pejabat Peguam Besar Negeri Michoacan menunjukka­n Godoy (tengah) mengumumka­n kematian Adame ekoran penculikan­nya bulan lalu ketika sidang media di Morelia, wilayah Michoacan, Mexico kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia