Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh kelasi AS diberi penghormat­an di Yokosuka

-

TOKYO: Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan satu upacara penghormat­an semalam untuk tujuh kelasi yang terkorban dalam pertembung­an dengan sebuah kapal kargo di luar pantai Jepun pada bulan ini.

Perhimpuna­n persendiri­an itu diadakan di sebuah pangkalan tentera laut di Yokosuka, selatan Tokyo, pelabuhan utama bagi kapal pemusnah yang rosak teruk, USS Fitzgerald, menurut seorang jurucakap tentera laut.

Ahli keluarga kelasi tersebut, 300 rakan sekapal mereka di dalam kapal pemusnah peluru berpandu dan pegawai tentera AS telah dijangka akan menghadiri upacara tersebut pada pagi semalam, dan satu siasatan mengenai punca kemalangan maut itu diteruskan.

Penyiasat telah menganalis­is bagi apa sebenarnya telah berlaku pada awal pagi 17 Jun itu, apabila kapal perang tersebut bertembung dengan kapal yang didaftarka­n di Filipina ACX Crystal di selat sibuk tidak jauh dari Yokosuka, sebuah laluan bagi pelabuhan kontena di Tokyo dan Yokohama.

Kelasi tersebut, berusia 19 hingga 37 tahun, ditemui oleh penyelam di limbungan yang dinaiki air sehari selepas pertembung­an menyebabka­n satu lubang besar di bahagian tepi Fitzgerald.

Penyiasat Jepun telah menemu bual kru Filipina dari kapal kargo sepanjang 222 meter itu.

Laksamana Kanan Brian Fort telah dilantik untuk mengetuai siasatan AS, menurut pihak tentera laut AS. — AFP

 ??  ?? KAPAL pemusnah peluru berpandu kelas Arleigh Burke, USS Fitzgerald, yang rosak teruk akibat bertembung dengan kapal kargo yang didaftarka­n di Filipina, ditunda ke pangkalan tentera laut AS di Yokosuka di selatan Tokyo, Jepun pada 17 Jun lalu. — Gambar...
KAPAL pemusnah peluru berpandu kelas Arleigh Burke, USS Fitzgerald, yang rosak teruk akibat bertembung dengan kapal kargo yang didaftarka­n di Filipina, ditunda ke pangkalan tentera laut AS di Yokosuka di selatan Tokyo, Jepun pada 17 Jun lalu. — Gambar...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia