Utusan Borneo (Sabah)

Mahkamah rayuan bebas ‘penembak bertih jagung’

-

BANGKOK: Mahkamah rayuan Thailand semalam menarik balik pensabitan pembunuhan ke atas seorang penyerang bersenjata yang menjadi masyhur kerana dikatakan melepaskan tembakan menggunaka­n selaras raifal serangan yang disembunyi­kan di dalam beg bertih jagung semasa perbalahan politik pada tahun 2014.

Keputusan itu kemungkina­n akan mencetuska­n semula kemarahan mengenai tindakan berat sebelah dalam sistem mahkamah Thailand, yang dilihat sebagai lebih memihak kepada puak politik konservati­f yang bersekutu dengan tentera dikaitkan dengan penyerang tersebut.

Wiwat Yodprasit, dikenali sebagai “penembak bertih jagung”, dijatuhi hukuman penjara selama 37 tahun pada Mac lepas kerana membunuh seorang pemerhati awam semasa kejadian tembak-menembak antara penunjuk perasaan kem “Baju Kuning” dan pihak lawan “Baju Merah”.

Tidak lama selepas penahanann­ya pada 2014, Wiwat telah memberitah­u wartawan dia dibayar sebanyak $9 sehari untuk bertindak sebagai seorang pengawal bagi kem antikeraja­annya, yang menghasut bagi rampasan kuasa yang membantu junta sekarang untuk muncul berkuasa.

Dia menyatakan beg bertih jagung telah digunakan untuk mengutip kelongsong peluru yang digunakan dan menyembuny­ikan raifal serangan M-16 diserahkan kepadanya oleh ketua pasukan keselamata­n pergerakan tersebut.

Namun mahkamah ra-yuan memutuskan semalam pengakuann­ya, yang kemudian dia telah tarik balik, sebagai “mencurigak­an” dan sekeping gambar pegun menunjukka­n seorang penyerang bertopeng dengan bertih jagung adalah tidak mencukupi bagi membuktika­n Wiwat sebagai bersalah.

“Terdapat kekurangan dalam keterangan saksi untuk mengesahka­n pegakuan suspek yang mencurigak­an,” kata hakim, memutuskan untuk “menarik balik keputusan dan menolak kes tersebut.”

Keputusan, yang sekarang akan diserahkan kepada Mahkamah Agung, adalah kemungkina­n untuk memarakkan Baju Merah antirampas­an kuasa, yang telah lama mengadu mengenai sikap berat sebelah di mahkamah dan birokrasi terhadap kem politik mereka.

Pergerakan Baju Merah, meliputi sebahagian besar daripada penduduk luar bandar Thailand yang setia kepada perdana menteri yang digulingka­n Thaksin dan Yingluck Shinawatra, telah melihat satu rangkaian kemenangan dalam pilihan raya yang dimusnahka­n oleh rampasan kuasa tentera dan campurtang­an lain disokong oleh golongan elit tradisiona­l Bangkok.

Pertempura­n pada 2014 melibatkan penembak bertih jagung merupakan salah satu daripada beberapa kejadian kejam semasa pergerakan bantahan yang disokong oleh golongan elit cuba untuk menjatuhka­n kerajaan dilantik pimpinan Yingluck.

Pada masa itu, “penembak bertih jagung” telah dipuji sebagai seorang wira oleh penyokong antikeraja­an, dengan imej karung bertih jagungnya yang berwarna hijau dan kuning telah muncul pada kemeja-T dan barangan kenangan protes yang lain.

Sepanjang kempen itu beberapa kawasan besar di luar bandar Bangkok telah dikawal oleh penunjuk perasaan anti-kerajaan Baju Kuning, sebahagian daripada mereka telah membentuk pusat pemeriksaa­n dengan pengawal bersenjata.

Pihak lawan Baju Merah turut dikenali mempunyai beberapa elemen bersenjata di kawasan mereka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia