Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk hubungan kekeluarga­an “Saya berharap pada tahun hadapan, lebih ramai lagi ahli keluarga ini dapat bersama-sama merayakan Hari Raya melalui perhimpuna­n keluarga. OKK MOHD AMIR ARIF Ketua Daerah

1,000 hadiri majlis rumah terbuka keluarga Bilog

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Kira-kira 1,000 orang menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Keluarga Bilog yang diadakandi­kediamanKe­tua Daerah OKK Mohd Amir Arif dan isteri Evelyn Leong di Kampung Bariawa, di sini, pada hari kedua Hari Raya.

Majlis itu turut dihadiri oleh rakan-rakan dari kalangan masyarakat kaum Tionghua, pemimpin masyarakat dari Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan, kakitangan Mahkamah Anak Negeri, pegawai serta kakitangan kerajaan dan saudara mara.

Amir yang juga salah seorang ahli keluarga itu memberitah­u sambutan Hari Raya bersama-sama ahli keluarga Bilog adalah yang pertama kali diadakan.

“Ini hanya sebahagian sahajaahli­keluargaya­nghadir merayakan majlis ini dan ia juga merupakan langkah awal untuk mengadakan perhimpuna­n keluarga melalui majlis rumah terbuka Hari Raya ini.

“Saya berharap pada tahun hadapan, lebih ramai lagi ahli keluarga ini dapat bersamasam­a merayakan Hari Raya melalui perhimpuna­n keluarga,” katanya.

Beliau berkata kehadiran adik beradik dan saudara mara keluarga itu (Mohd Salleh) iaitu datuk beliau akan dapat merapatkan lagi hubungan silaturahi­m dalam kalangan keluarga terutama anak-anak.

Beliau yakin melalui perhimpuna­n itu juga dapat memberi impak kepada kemesraan anak-anak selain mengeratka­n perasaan kekeluarga­an dalam kalangan ahli keluarga.

“Majlis rumah terbuka ini jelas menampakka­n kehadiran ahli keluarga yang ramai daripada Arif dan Ampon sahaja, dan diharapkan pada majlis yang sama tahun hadapan lebih ramai adik beradik kami termasuk saudara mara keluarga Bilog dapat hadir bersama,” katanya.

Amir turut mengucapka­n terima kasih kepada rakanrakan yang turut hadir pada majlis rumah terbuka keluarga itu dan diharapkan dengan kehadiran mereka akan dapat memupuk perasaan muhibah dan perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini terutama sekali daerah ini.

Turut hadir mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Seri Panglima Dr Kamarulzam­an Haji Ampon, Pegawai Tadbir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheains) Sook Haslee Harimin, Kapitan Liew Ket Lim, Kapitan Peter Ma, KAN Abidin Darus, KAN Asnah Atu dan KAN Malitus Anastasius.

 ??  ??
 ??  ?? AMIR dan Evelyn (tengah) bersama masyarakat peniaga Tionghua.
AMIR dan Evelyn (tengah) bersama tetamu yang hadir. Turut kelihatan Malitus (enam kiri), Liew (empat kiri) dan Peter (empat kanan).
AMIR dan Evelyn (tengah) bersama masyarakat peniaga Tionghua. AMIR dan Evelyn (tengah) bersama tetamu yang hadir. Turut kelihatan Malitus (enam kiri), Liew (empat kiri) dan Peter (empat kanan).
 ??  ?? KAKITANGAN Mahkamah Anak Negeri dan tetamu lain bersama Amir (tiga kanan). Turut kelihatan Abidin (dua kanan), Asnah (empat kanan) dan Haslee (tiga kiri).
KAKITANGAN Mahkamah Anak Negeri dan tetamu lain bersama Amir (tiga kanan). Turut kelihatan Abidin (dua kanan), Asnah (empat kanan) dan Haslee (tiga kiri).
 ??  ?? AHLI keluarga Bilog yang hadir pada majlis itu.
AHLI keluarga Bilog yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia