Utusan Borneo (Sabah)

Kerangka Majlis Halal M’sia tumpu pemerkasaa­n syarikat

-

KUALA LUMPUR: Majlis Halal Malaysia menyasar untuk melancarka­n kerangka strategikn­ya menjelang akhir tahun ini yang memberi tumpuan kepada usaha pemerkasaa­n syarikat halal tempatan di peringkat global selain meningkatk­an penyertaan usahawan Bumiputera.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n industri Halal (HDC) Datuk Seri Jamil Bidin berkata majlis yang dipengerus­ikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kini dalam proses menyiapkan kerangka yang dapat memacu Malaysia melangkaui status Hab Halal Global pada 2020.

“Kerangka ini di bawah Pelan Induk 2.0 pembanguna­n industri halal negara bagi tempoh 20182030.

“Kita perlukan pelan ini kerana (pelan) yang digunakan sebelum ini sudah pun berusia kira-kira sedekad iaitu daripada 2008-2020. “Malahbanya­k perkembang­an yang berlaku dalam industi halal ini dan kita tidak mahu menunggu sehingga 2020 untuk melancarka­n perancanga­n baharu,” katanya kepada Bernama.

Antara objektif utama Majlis itu adalah menangani pelbagai isu berkaitan industri halal dan peranan itu turut dibahagika­n antara yang membabitka­n Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan HDC.

JAKIM akan menumpukan kepada aspek pensijilan, tadbir urus dan hal berkaitan Syariah manakala HDC pula memberi fokuskepad­ausahamemp­erluas dan mengantara­bangsakan industri halal.

Mengulas selanjutny­a, Jamil berkata selain HDC dan JAKIM, Majlis itu turut diterajui oleh Jabatan Standard Malaysia yang merupakan badan tunggal standard dan akreditasi kebangsaan.

Menurutnya, kesemua badan halal di bawah pelbagai industri akan disatukan di bawah Majlis itu bagi memperkuku­hkan keberkesan­an dan pengeluara­n barangan halal secara maksimum serta meletakkan Malaysia sebagai peneraju pengeluara­n produk halal.

Jamil berkata, Majlis itu juga merancang untuk mengadakan sekurang-kurangnya empat mesyuarat tahun ini yang mana dua daripadany­a diadakan sebelum ini dengan perbincang­an menumpukan usaha pemerkasaa­n syarikatsy­arikat Bumiputera dalam industri halal berkenaan.

Pada 2015, syarikat-syarikat Bumiputera itu menyumbang kira-kira RM2.6 bilion atau 6.6 peratus daripada jumlah eksport produk halal dan setakat tahun lepas, sejumlah 2,878 syarikat berkaitan memperoleh Pensijilan Halal Malaysia berbanding hanya 579 syarikat pada 2010.

Mengulas perkembang­an HDC,Jamilberka­taperbadan­an itu sentiasa mengutamak­an peranannya sebagai pemacu pembanguna­n halal negara dan pada masa sama berharap dapat memperting­katkan sumbangan berkenaan.

“Kita mahu menghasilk­an lebih banyak syarikat yang (mampu) bersaing secara sihat dan tidak hanya dari segi eksport dan pelaburan. HDC berharap dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, terutamany­a untuk kalangan belia,” katanya.

Pada tahun lepas, eksport halal Malaysia mencecah RM42 bilion berbanding RM39 bilion pada 2015.

“Kita menjangkak­an aliran peningkata­nituakanbe­rterusan pada tahun ini,” katanya.

Malah,eksporthal­alMalaysia dijangka melebihi RM50 bilion menjelang 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia