Utusan Borneo (Sabah)

OCBC Al-Amin tawar One Plan-i

-

KUALA LUMPUR: OCBC Al-Amin Bank Bhdmemperk­ukuh kedudukann­ya dalam perniagaan bank takaful dengan pengedaran sulung pelan takaful bertempoh sumbangan berkala, iaitu One Plan-i daripada Great Eastern Takaful Bhd.

Diedarkan secara eksklusif oleh OCBC Al-Amin, ia menyediaka­n tahap perlindung­an yang tinggi dengan nilai sumbangan yang termampu.

K e t u a Pegawai Eksekutif OCBC Al-Amin, Syed Abdull Aziz Syed Kechik berkata, tawaran itu tepat pada masanya dalam usaha meluaskan rangkaian produknyau­ntuk mencakupit­akaful keluarga, berikutan tahap kesedaran lebih tinggi bahawa insurans/ takaful hayat dan perubatan menjadi unsur penting prniagaan.

Menurut Ernst and Young dan Persatuan Takaful Malaysia, kadar penembusan pasaran semasa bagi sektor takaful keluarga Malaysia hanya pada paras 14.5 peratus berbanding 41.2 peratus bagi insurans hayat.

Ternyata takaful mempunyai potensi pertumbuha­n yang menarik, terutama bagi segmen golongan berada baharu. Dengan pelancaran One Plan-i, kami merancang meningkatk­an tahap penembusan pasaran bank takaful.

“Pada masa depan, kami akan terus melancarka­n lebih banyak produk sedemikian dengan cadangan unik bagi memenuhi keperluan pelanggan kami,” kata Syed Abdull Aziz dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful, Zafri Ab Halim berkata, One Plan-i menawarkan peningkata­n perlindung­an yang ketara sebanyak 10 peratus diberikan sehingga tiga kali, tanpa sebarang peningkata­n dalam nilai sumbangan.

“Sebagai contoh, seorang lelaki bukan perokok berusia 35tahunyan­gmenyertai­pelan bertempoh 20 tahun untuk jumlah dilindungi sebanyak RM1 juta pada permulaan sijil akan menikmati jumlah perlindung­an tambahan sebanyak RM100,000 pada tahun kelima, ke-10 dan ke-15.

“Ia membolehka­n jumlah dilindungi bertambah kepada RM1.3 juta selepas 15 tahun tanpa perlu meningkatk­an angka sumbangan. Beliau hanya perlu menyumbang RM230 sebulan untuk menikmati perlindung­an RM1 juta dan jumlah itu akan ditambah kepada RM1.3 juta selepas 15 tahun,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia