Utusan Borneo (Sabah)

MRT fasa 2 SemantanKa­jang siap 99 peratus

-

SEPANG: Pembinaan Fasa 2 perkhidmat­an Transit Aliran Massa (MRT) laluan Semantan-Kajang kini 99 peratus siap dan akan dilancarka­n oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengikut jadual pada 17 Julai ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata laluan sepanjang 31km itu kini dalam proses pelbagai ujian dan fasa kedua itu akan melengkapk­an operasi laluan MRT SungaiBulo­h-Kajang sepanjang 51km.

Fasa 1 MRT sepanjang 20km dari Sungai BulohSeman­tan mula beroperasi Disember lepas.

Katanya, ujian ini perlu dijalankan bagi memastikan pergerakan tren tidak mengalami kecacatan selepas perkhidmat­an dilancarka­n.

“Kalau kita lihat tren sudah sampai ke Kajang..., itu adalah proses pengujian,” katanya kepada pemberita pada majlis penghantar­an 49 Kapten Tren Haji Al Mashaaer Al Mugaddassa­h Metro Southern Line (MMMSL) di Tanah Suci Makkah di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), di sini semalam.

Mengulas projek Rel Transit Ringan (LRT) Line 3 (LRT3) dari Bandar Utama di sini ke Johan Setia, Klang, Azmi berkata tender utama akan diberikan bulan depan dan projek bernilai RM9 bilion itu dijadual siap pada Ogos 2020.

Mengenai status bidaan pengangkut­an awam di Indonesia dan India, Azmi tanpa mengulas lanjut, memaklumka­n Prasarana sedang bekerjasam­a untuk melatih pekerja dengan Jakarta MRT dan LRT melatih pekerja untuk Malaysia-Indonesia.

Syarikat itu kini dalam proses pembidaan atau rundingan awal dengan tiga pasaran luar iaitu Brunei, Indonesia dan India bagi menjadi operator dalam pelbagai sistem pengangkut­an awam.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia