Utusan Borneo (Sabah)

Masa untuk Proton-Geely mengoperas­ikan perkongsia­n strategik

-

KUALA LUMPUR: Perjanjian muktamad sudah pun ditandatan­gani antara DRBHicom dan Zhejiang Geely Holding Group Co. Oleh itu sudah tiba masanya untuk Proton dan syarikat utama kereta China ini mula mengoperas­ikan perkongsia­n strategik yang saling menguntung­kan kedua-dua pihak ini.

Dan, polemik kehilangan kedaulatan, menyerahka­n identiti kereta negara serta menjualnya kepada China, mesti dihentikan kerana ia merupakan tuduhan politik yang tidak berasas dan bertujuan untuk meruntuhka­n hasrat kerajaan untuk menyelamat­kan Proton.

Kini, yang penting ialah sudah ada penyelesai­an ekonomi untuk menyelamat­kan Proton daripada kemelut kewangan yang muncul akibat model perniagaan yang tidak mampan sejak awal lagi.

Perjanjian ini bukan sahaja akan membuka peluang perniagaan yang baik kepada kedua-dua syarikat, malah turut menyumbang kepada kebangkita­n semula industri automotif Malaysia dan kemunculan jenama tulen di rantau ini.

Matlamat untuk Proton, anak syarikat DRB-Hicom jelas, iaitu pulih dari segi kewangan dan merealisas­ikan kemapanann­ya menerusi kepakaran teknikal Geely, menembusi pasaran eksport dan mewujudkan kedudukan yang baik di ASEAN.

Ini berbanding daripada Proton untuk kekal 100 peratus miliki rakyat Malaysia, namun terpaksa menanggung ratusan juta ringgit, serta menjejaska­n kebajikan beribu-ribu pekerja.

Ia pastinya tidak munasabah.

Tahniah kepada kerajaan kerana mengambil langkah berani dalam menghentik­an pelan perniagaan lamayangti­dakakan berjaya, serta DRB-Hicom untuk memperoleh rakan yang bersesuaia­n.

Laluan masa depan untuk Proton kini jelas.

Ia mesti memperoleh semula penguasaan­nya dalam pasaran domestik daripada hanya 12 peratus pada masa ini.

Kapasiti di Tanjung Malim mesti dimaksimum­kan dengan menjadikan Malaysia hab kereta pemanduan kanan untuk Geely di rantau ini.

Dan jika ada kapasiti berlebihan, kilang itu juga akan diberi peluang untuk memasang kereta Volvo.

GEELY

Geely memiliki sepenuhnya Volvo, pembuat kereta Sweden.

Yang lebih penting, dengan memaksimum­kan kapasiti ini ia akan dapat menjana peluang pekerjaan baharu yang akan memberi manfaat kepada ratusan ribu rakyat Malaysia.

Tanpa rakan strategik asing, kos sosial bagi pekerja Proton yang menganggur, terutama di Tanjung Malim, akan mendatangk­an kesan yang lebih buruk kepada ekonomi domestik.

Kilang Proton Tanjung Malim mempunyai kapasiti untuk mengeluark­an satu juta kereta setiap tahun, namun kini hanya menghsilka­n 72,000 kereta tahun lepas dengan syarikat melaporkan kerugian sebanyak RM1 bilion

Keadaan ini tidak boleh dibiarkan, dan atas sebab itulah kerajaan mendorong DRBHicom untuk mencari rakan kongsi yang sesuai sebagai sebahagian daripada kriteriany­a untuk meluluskan pinjaman mudah berjumlah RM1.5 bilion.

Sudah pasti strategi utama daripada perkongsia­n itu adalah untuk menyediaka­n ruang untuk Proton menjadi antara pengeluar utama kereta di Asia Tenggara dan antara eksport utama Malaysia ke rantau ini.

Jumaat lepas, DRB-Hicom menandatan­gani perjanjian muktamad dengan Zhejiang Geely Holding untuk menjual 49.9 peratus kepentinga­n Proton kepada konglomera­t China itu, yang melibatkan suntikan tunai sebanyak RM170.3 juta

Ini termasuk RM290 juta untuk model Geely Boyue, yang akan menjadi model pertama SUV Proton hasil daripada perkongsia­n itu.

Menerusi pakatan itu juga, DRB-Hicom akan melupuskan Lotus, syarikat pembuat kereta sukan, membabitka­n sebanyak 51 juta pound kepada Geely, dan baki ekuitinya lagi kepada Etika Automotive Sdn Bhd.

Seperti banyak lagi syarikat usaha sama antarabang­sa, perkongsia­n Proton dengan Geely merupakan ciri biasa dalam industri, dan merupakan keputusan semata-mata atas sebab komersial yang pasti akan menyediaka­n manfaat terbaik kepada syarikat, vendor dan pekerja mereka.

Sebagai contoh, Proton akan mempunyai akses kepada produk, platform dan teknologi Geely, malah pasaran China. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia