Utusan Borneo (Sabah)

Ekspo Astana: Malaysia berjaya lepasi sasaran perdaganga­n RM1 bilion

-

ASTANA, KAZAKHSTAN: Hasil kejayaan memperoleh lebih daripada AS$1.6 bilion (AS$1=RM4.29)dalampoten­si perdaganga­n dan pelaburan, Malaysia sekali gus melepasi sasaran meraih RM1 bilion yang ditetapkan pada Ekspo Astana 2017, hanya dalam minggu pertama daripada tiga minggu acara berkenaan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Dr Tan Yew Chong berkata, Malaysia mengguna pakai pendekatan berimpak tinggi dengan menggunaka­n teknologi canggih di Pavalion Malaysia di Ekspo di sini bagi menyakinka­n pelabur berpotensi.

“Kami yakin dapat menarik lebih banyak pelaburan menjelang akhir ekspo tiga minggu ini yang bermula 10 Jun,” katanya.

Tan bercakap pada sidang mediasempe­na pelancaran pameranMin­ggu InovasiHij­au di Pavilion Malaysia di Ekspo Astana di sini kelmarin.

Sebelum itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan, Syed Mohamad Bakri menyaksika­n pertukaran empat memorandum persefaham­an (MoU) bernilai AS$50.25 juta, dalam bi dang teknologi hijau, antara Malaysia dan syarikat asing.

MoU terbabit melibatkan Nusantara Associates Ltd Liability Partnershi­p (LLP) Kazakhstan dan Free The Seed Sdn Bhd bernilai AS$30 juta dan perjanjian AS$20 juta antaraNusa­ntara dan Ronser Biotech Bhd.

“Dua perjanjian lain, dengan gabungan nilai AS$250,000 ialah antara iCycle Sdn Bhd dan wilayah Guangzhou Tianhe dan iCycle serta negeri Kerala India,” kata Madius.

Beliau berkata MoU tersebut membuktika­n kepimpinan Malaysia dalam inovasi teknologi hijau.

“MoU juga mempromosi­kan impak sumber kitar semula yang merupakan asas dan inovasi sosial di Malaysia,” katanya.

Madius mengetuai delegasi 26 perwakilan dari MOSTI, Perbadanan Pembanguna­n Bioekonomi Malaysia, SIRIM Bhd, Yayasan Malaysia bagi Inovasi dan sektor swasta ke pameran Minggu Inovasi Hijau bermula kelmarin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia