Utusan Borneo (Sabah)

Menarik di PAWAGAM

-

Judul: 47 Meters Down Bahasa: Inggeris Klasifikas­i: NA Tarikh Tayangan: 29 Jun 2017 Genre: Ngeri Durasi: NA Pengedar: GSC Movies Pelakon: Mandy Moore, Claire Holt, Matthew

Modine, Santiago Segura Pengarah: Johannes Roberts Format: 2D

Sipnosis ~ Dua beradik Kate dan Lisa telah pergi bercuti di Mexico dan berpeluang menyelam dalam sangkar untuk melihat jerung Great White. Tetapi keseronoka­n mereka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila sangkar tersebut terputus dari bot dan jatuh ke dasar laut. Terperangk­ap 47 meter di bawah laut dengan bekalan oksigen kurang sejam, keduadua mereka perlu mencari jalan untuk naik ke permukaan dengan selamat. Judul: Don’t Scream Bahasa: Inggeris Klasifikas­i: NA Tarikh Tayangan: 29 Jun 2017 Genre: Ngeri Durasi: NA Pengedar: Rainfilm Sdn Bhd Pelakon: Azura Skye, Cayleb Long, Bill Sage, Taylor Black Pengarah: Dena Hysell Format: 2D

Sipnosis ~ Kate adalah seorang ejen hartanah yang diminta oleh seorang yang tidak dikenali untuk menjual sebuah kilang lama. Kilang itu telah menarik perhatian Mary, seorang pereka fesyen selebriti. Semuanya berjalan lancar ketika Kate menunjukka­n Mary dan pasukannya bangunan itu, sehinggala­h mereka sampai di tingkat 8. Rupa-rupanya satu kebakaran telah berlaku pada awal 1900-an dan telah membunuh lebih 200 wanita dan roh mereka masih terperangk­ap di tingkat tersebut. Mary dan pasukannya cuba meninggalk­an tempat itu tetapi roh-roh itu menghalang mereka. Kate kemudian mendapat tahu bahawa dia adalah pewaris kepada pemilik kilang yang mencetuska­n kebakaran itu dan dia mungkin satu-satunya harapan untuk mereka keluar dengan selamat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia