Bincang pelaksanaan Cukai Pelancongan
Kerajaan negeri perlu buat persediaan dahulu, untuk cukai itu dapat dilaksanakan: Abang Johari
Kita pun belum tahu lagi (keputusan), kita perlu membuat persediaan dulu, baharu dapat dilaksanakan. DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri
KUCHING:Kerajaannegeri akan berbincang termasuk dengan pihak hotel sebelum menerima pelaksanaan Cukai Pelancongan walaupun telah ditunda kepada 1 Ogos nanti.
Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata kerajaan negeri perlu membuat persediaan dahulu, untuk cukai itu dapat dilaksanakan.
“Kita pun belum tahu lagi (keputusan), kita perlu membuat persediaan dulu, baharu dapat dilaksanakan.
“Kita juga harus merujuk kepada perjanjian di antara pihak hotel dengan klien mereka yang sudah membuat tempahan lebih awal,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas mengadakan kunjungan ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof di sini, pada Selasa.
Menteri Pelancongan dan KebudayaanDatukSeriNazri Aziz semalam mengesahkan bahawa Cukai Pelancongan yang pada mulanya dijadual dilaksanakan pada 1 Julai telah ditundakan kepada 1 Ogos dengan mengambil kira tahap kesediaan pelaksanaan mekanisme tersebut. Selain itu, Nazri turut mengesahkan bahawa pelancong rakyat Malaysia yang memilih untuk menginap di hotel tiga bintang atau ke bawah dikecualikan daripada cukai itu sementara semua pelancong asing perlu menjelaskan Cukai Pelancongan tanpa mengira jenis hotel yang dipilih mereka.