Utusan Borneo (Sabah)

Fasa kedua Pan Borneo dimuktamad hujung tahun

-

KUCHING: Projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo fasa kedua yang merangkumi dari Limbang ke Lawas dijangka dimuktamad­kan menjelang penghujung tahun ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, fasa kedua projek berkenaan kini menunggu keputusan muktamad dari segi jajaran yang dicadangka­n.

Menurutnya, kertas kerja mengenai jajaran projek berkenaan telah dibentangk­an kepada jawatankua­sa teknikal tertinggi kerajaan.

“Kita ada beberapa pilihan bagi fasa kedua ini dan berharap keputusan itu dapat dicapai pada Oktober.

“Selepas itu akhirnya kita akan dapat menyerahka­n kepada rakan kongsi penyerahan projek (PDP) untuk melantik kontraktor bagi melaksanak­an jajaran fasa kedua,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di kediamanny­a di sini, pada Selasa.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata, antara pilihan yang ada bagi jajaran fasa kedua berkenaan sama ada perlu melalui Brunei Darussalam atau alternatif lain yang masih menunggu keputusan muktamad.

Mengenai fasa pertama projek Lebuh Raya Pan Borneo, Fadillah berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian secara keseluruha­n kerana kebanyakan daripadany­a siap lebih awal daripada yang dijadualka­n.

“Semua projek fasa pertama boleh dikatakan lebih awal daripada dijadualka­n dan mungkin satu atau dua sahaja mungkin sedikit di belakang jadual.

“Ia ekoran daripada permasalah dari segi tanah yang perlu diselesaik­an tetapi secara keseluruha­n projek ini berada pada tahap memuaskan,” tegasnya.

Antara yang mengalami masalah sebelum ini adalah di Bintulu namun ia telah diselesaik­an dan disebabkan itu, ia hanya sedikit di belakang jadual.

 ??  ?? FADILLAH bersama isterinya Datin Seri Ruziah Mohd Tahir (dua kiri) mengalu-alukan tetamu yang datang berkunjung ke rumah terbuka beliau.
FADILLAH bersama isterinya Datin Seri Ruziah Mohd Tahir (dua kiri) mengalu-alukan tetamu yang datang berkunjung ke rumah terbuka beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia