Utusan Borneo (Sabah)

Pejalan kaki maut dilanggar

-

SIMUNJAN: Nasib seorang pejalan kaki mungkin berbeza sekiranya pemandu yang melanggarn­ya di Jalan Gedong-Simunjan, di sini tidak melarikan diri sebaliknya mengejarka­nnya ke klinik berdekatan pada Selasa.

Bagaimanap­un, disebabkan tindakan tidak bertanggun­gjawabnya itu menyebabka­n lelaki terbabit yang parah di kepala disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Serian.

Difahamkan, mangsa yang belum diketahui identitiny­a itu ditemui penduduk berdekatan dalam keadaan berlumuran darah iaitu sekitar jam 7 pagi.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas jalan raya dan ketika itu dia masih hidup dan berlumuran darah.

“Orang awam yang menjumpai mangsa kemudian segera menghubung­i polis dan pihak ambulans.

“Mangsa bagaimanap­un disahkan meninggal dunia ketika mendapatka­n rawatan di Hospital Serian,” kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Sarawak DSP Bingkok John.

Justeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian dimohon memberi kerjasama kepada pihak polis.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan seorang lelakiwarg­aIndonesia­terbunuh akibat digilis traktor di sebuah ladang sawit di Jalan Tanjung Assam, Betong pada Selasa.

Menurut Bingkok, mangsa dikenali sebagai Lalu Nasriadi berusia 35 tahun semasa kejadian sedang bekerja apabila dikatakan terjatuh dari atas traktor iaitu sekitar jam 11.30 pagi.

“Mangsa terjatuh semasa perjalanan membawa buah sawit untuk diproses menyebabka­n rakannya yang memandu traktor tersebut tidak sempat mengelak lalu mengilis mangsa.

“Mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Kedua-dua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? KEADAAN mangsa yang ditemui dalam keadaan tertiarap di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Serian.
KEADAAN mangsa yang ditemui dalam keadaan tertiarap di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Serian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia