Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan diharap bersikap telus pinda Kanun Tanah

-

MIRI: Kerajaan negeri menerusi jawatankua­sa ditubuhkan khas bagi menangani isu berkaitan ‘Pemakai Menoa’ dan ‘Pulau Galau’ (PM/PG) diharap bersikapte­lusdalamke­putusan berkaitan meminda Kanun Tanah Sarawak.

Ketelusan memberi akses kepada pindaan sebelum diluluskan membolehka­n masyarakat Dayak dan golongan profesiona­l Dayak berjuang seiring dengan mereka yang memahami dan mengetahui pindaan dilakukan serta menentukan sejauh mana keberkesan­annya menyelesai­kan isu berkaitan.

Kumpulan Pemikir Dayak (DTTG) dalam kenyataann­ya di sini semalam amat menyokong cadangan Presiden Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) Dr Dusit Jaul supaya kaum Dayak diberi akses melihat draf pindaan itu.

“Pindaan Kanun Tanah Sarawak adalah berita baik kepada kaum Dayak seluruh Sarawak dan ini bermakna 300 kes masih belum selesai di mahkamah berpeluang berakhir dengan keputusan baik,” kata Presiden DTTG Willie Henry Majang.

“Inilah impian kita, rakyat negeri ini ingin melihat agar konsep PM/PG diiktiraf oleh kerajaan negeri menjadi kenyataan dalam masa terdekat,” tambahnya.

Justeru, DTTG amat menyambut baik penubuhan Jawatankua­sa PM/PG bagi membolehka­n isu berkaitan dapat diselesaik­an dengan baik kerana hampir sebahagian besar kes berkaitan tanah di mahkamah-mahkamah negeri ini adalah membabitka­n tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Katanya, keputusan yang kerap tidak menyebelah­i rakyatperi­bumiinilah­menjadi punca wujudnya tentangan terhadap kerajaan.

“Sebaliknya, jika konsep PM/PG diiktiraf oleh kerajaan negeri maka kaum Dayak bukan sahaja boleh mengadakan ‘gawai’ dengan menyembeli­h babi tetapi mengorbank­an ‘chapi’ sebagai tanda kesyukuran,” jelas beliau.

Dalam pada itu, DTTG menggesa Jawatankua­sa PM/PG diterajui Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas tidak mengambil masa terlalu lama melakukan ‘kajian mendalam’ terhadap perkara itu.

Dalam kenyataann­ya, Uggah melahirkan keyakinan bahawa isu berkaitan PM/ PG akan dapat diselesaik­an sedikit masa lagi.

Malah, beliau turut menyatakan bahawa satu lagi rundingan dibuat berhubung perkara itu yang diadakan pada 29 Jun ini (esok).

“Kita harap Uggah dapat mengesahka­n keyakinan beliau mengenai isu penyelesai­an itu dan bukannya selepas rundingan ada lagi rundingan dan seterusnya tidak menampakka­n keyakinan jawatankua­sa tersebut sudah menemui penyelesai­an seperti dicanangka­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia