Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dibunuh kejam dalam bilik hotel

-

BINTULU: Seorang lelaki yang tidak mempunyai idenditi ditemui mati dibunuh secara kejam dalam sebuah bilik hotel bajet di Jalan Keppel, di sini jam 7.40 pagi Selasa.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah terbaring mengiring atas lantai antara dua katil hotel terbabit dengan luka teruk di bahagian leher, dada dan lengan kiri.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zailanni Amit berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang pekerja hotel itu supaya menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas bilik didiami mangsa.

“Pekerja itu terlihat seorang lelaki keluar dalam keadaan tergesa-gesa dari bilik mangsa dan melihat kesan darah pada bahagian dinding dan lantai hotel sehingga ke hadapan pintu bilik mangsa,” katanya.

Jelasnya, bimbang sesuatu yang buruk berlaku, pekerja hotel terbabit melaporkan kejadian itu kepada Pusat Sehenti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu bagi menjalanka­n pemeriksaa­n.

Katanya, turut dijumpai dalam bilik mangsa ialah sarung kerambit berhampira­n pintu bilik manakala sebilah kerambit ada kesan darah dijumpai berhampira­n mangsa.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Zailanni berkata, pihaknya kinigiatme­njejakisus­pekutama yang melakukan pembunuhan itu bagi membolehka­nnya diseret ke muka pengadilan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bintulu bagi bedah siasat.

 ??  ?? KEADAAN mayat mangsa dalam bilik hotel di Bintulu.
KEADAAN mayat mangsa dalam bilik hotel di Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia