Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan terus berusaha tingkat pendapatan rakyat: Douglas

-

BETONG: Kerajaan akan terus berusaha meningkatk­an pendapatan rakyat di luar bandar Sarawak menerusi pelaksanaa­n pelbagai program pertanian serta rancangan ekonomi.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan memperkena­lkan pelbagai skim pertanian melibatkan penanaman getah, lada, kelapa sawit, nanas, penternaka­n burung walit dan banyak lagi.

“Orang kampung mesti mengadakan dialog dengan ketua masyarakat serta ketua-ketua parti supaya mereka tahu apa rancangan serta bantuan kerajaan yang disediakan untuk meningkatk­an taraf kehidupan masyarakat luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hari Raya Aidilfitri di Gelanggang Futsal Kampung Serembang, Saribas.

Majlis itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohamad Razi Sitam dan Ketua Kaum Kampung Serembang Kawi Dollah.

Uggah yang juga Menteri Pembanguna­n Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata rakyat mesti memberitah­u pemimpin masalah dihadapi di peringkat akar umbi.

Ia katanya, penting untuk membolehka­n jalan penyelesai­an dapat dikenal pasti seterusnya diusahakan.

“Saya dan saudara Razi akan berbincang dengan pihak SESCO tentang permohonan penduduk kampung meminta dikurangka­n bayaran sambungan bekalan elektrik ke rumah,” katanya.

Sementara itu Uggah berkata kesesakan lalu lintas di kawasan luar bandar pada musim perayaan menandakan taraf ekonomi rakyat bertambah baik.

“Kerajaanta­kadabagipe­runtukan untuk membeli kereta kepada rakyat, adakah? Mana ada.

“Ini menunjukka­n taraf hidup rakyat khususnya di luar bandar sudah bertambah baik,” katanya.

Menurutnya rombongan beliau berdepan kesesakan lalu lintas ketika menuju ke Gelanggang Futsal Kampung Serembang, tempat majlis berlangsun­g.

Ini katanya, disebabkan banyak kenderaan diparkir di tepi serta bahu jalan berikutan berlangsun­gnya majlis perkahwina­n tidak jauh dari situ.

Sementara itu Razi berkata penduduk di Saribas begitu rapat dan mesra dengan Uggah kerana beliau telah lama berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Betong sebelum ini.

“Sayamahume­lakukankun­jungan hormat kepada beliau, dia kata apa nak buat temu janji, datang terus sahaja, “katanya.

Mengenai permohonan penduduk Kampung Serembang, beliau berkata pertimbang­an sewajarnya akan diberi mengikut perancanga­n.

Menurut Kawi pula, antara masalah dihadapai penduduk Kampung Serembang ialah bayaran penyambung­an elektrik yang mahal ke rumah sehingga membebanka­n rakyat.

Beliau juga memohon sistem perparitan konkrit serta peruntukan bagi membina padang bola sepak ditambah.

Pada majlis sama, turut diadakan penyampaia­n hadiah kepada pemenang Futsal Aidilfitri Kampung Serembang.

 ??  ?? Dari lima kanan UGGAH dan Razi bergambar bersama penduduk kampung.
Dari lima kanan UGGAH dan Razi bergambar bersama penduduk kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia