Utusan Borneo (Sabah)

Buaya dipercayai serang Agnes tewas

-

MARUDI: Misi memburu seekor buaya yang menyerang seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Agnes Luang, 18, pada Februari lalu akhirnya membuahkan hasil apabila sang bedal berkenaan memakan kail yang dipasang, pada Selasa.

Menurut Tuai Rumah Jampang Kantan, usaha mencari reptilia ganas dengan bantuan pawang buaya itu dimulakan sejak kelmarin, tidak jauh dari rumah panjang tersebut di Sungai Tapang, Peking, Tinjar.

Katanya, pemeriksaa­n yang dilakukan sekitar jam 9.30 pagi semalam mendapati buaya yang dipercayai terlibat dalam kes itu, memakan kail menggunaka­n umpan bangkai ayam.

“Buaya dianggarka­n berukuran lebih 15 kaki panjang ini ditangkap pada jarak empat kilometer dari tempat kejadian, jam 9.30 pagi tadi (Selasa).

“Kami amat yakin buaya ini adalah buaya yang sama menyerang mangsa apabila ia memakan kail yang dipasang dengan bantuan pawang,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Dalamkejad­ianyangber­laku di tepi sungai berhampira­n rumah panjang tersebut sekitar jam 6.30 petang 21 Februari lalu, mangsa yang hendak balik bersama ibunya, disambar dan diheret seekor buaya masuk ke dalam sungai.

Kejadian tersebut berlaku di hadapan mata ibunya dan beberapa penduduk termasuk ketua kaum mereka, Jampang yang turut berada di situ, namun gagal menyelamat­kan mangsa kerana kejadian berlaku terlalu pantas.

Sejurus selepas kejadian itu, penduduk dari tujuh rumah panjang melancarka­n operasi mencari dan menyelamat mangsa dan berlarutan hingga mangsa ditemui pada jam 11.10 pagi keesokan harinya dalam radius dua kilometer dari tempat mangsa kali terakhir dilihat.

Ketika ditemui, badan mangsa masih dalam keadaan sempurna tetapi ada kesan gigitan.

Mayat mangsa terus dibawa pulang ke rumah panjang atas permintaan kedua-dua ibu bapanya.

 ??  ?? BUAYA berkenaan ditemui memakan kail berumpanka­n bangkai ayam sekitar jam 9.30 pagi Selasa.
BUAYA berkenaan ditemui memakan kail berumpanka­n bangkai ayam sekitar jam 9.30 pagi Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia