Utusan Borneo (Sabah)

Menara telekomuni­kasi tambahan akan dibina

Dibina tidak lama lagi, kajian mengenai kawasan menara tambahan telah selesai, kata Abang Johari

-

KUCHING: Kerajaan negeri akan memulakan pembinaan menara telekomuni­kasi tambahan di seluruh negeri tidak lama lagi.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkataiam­emandangka­nkajian mengenai kawasan menara tambahan telah selesai.

Bagaimanap­un katanya, kerajaan negeri belum mengenal pasti kontraktor utama yang akan membina menara itu.

“Tetapi saya memberi jaminan menara baharu ini akan dibina kerana peruntukan sudah ada.

“Kawasan menara sudah dikenal pasti dan sebaik sahaja mengenal pasti kontraktor, pembinaan menara akan bermula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa mengadakan kunjungan ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadilah Yusof di sini, pada Selasa.

Turut hadir isterinya, Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

Abang Johari sebelum ini mengumumka­n rancangan kerajaan negeri untuk melabur RM1 bilion bagi pembinaan lebih banyak infrastruk­tur telekomuni­kasi serta meningkatk­an bilangan menara telekomuni­kasi daripada 1,200 kepada lebih 5,000.

Dalam pada itu, Abang Johari juga berkata orang ramai di Sarawak terutama di bandar, dijangka menikmati kelajuan internet yang lebih cepat tidak lama lagi.

Menurut beliau, ia kerana kerja menaik taraf kelajuan internet kini sedang dilaksanak­an.

“Kerajaan

negeri belum mengenal pasti kontraktor utama yang akan membina menara tersebut. Tetapi saya memberi jaminan menara baharu ini akan dibina kerana peruntukan sudah ada. DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia